Tuesday, December 8, 2009

Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2009

Tarikh : 22 April 2009
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Dengkil, Sepang
Tuan Rumah : Sepang

Peserta (Daerah) / Tajuk :

1. SABAK BERNAM (SMKA Simpang Lima)
Internet : Baik dan Buruknya dalam Kalangan Pelajar

2. KLANG (Kolej Islam Sultan Alam Shah)
Sistem Pengangkutan Awam yang Cekap Menjana Pembangunan Negara

3. HULU LANGAT (SMK Abdul Jalil)
Komunikasi Berkesan Membentuk Personaliti Seseorang

4. KUALA SELANGOR (SMKA Kuala Selangor)
Persekitaran Kondusif Pemangkin Kecemerlangan Pelajar

5. HULU SELANGOR (SMK Syed Mashor)
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Penggerak Ekonomi Desa

6. SEPANG (SAM Bandar Baru Salak Tinggi)
Keruntuhan Akhlak dalam kalangan Pelajar dan Remaja : Di Mana Penyelesaiannya ?

7. GOMBAK (SBPI Rawang)
Bencana Alam : Sediakan Payun Sebelum Hujan

8. PETALING PERDANA (SAMT Tengku Ampuan Jamaah)
Agenda Memperkasakan Bahasa Melayu Tanggungjawab Bersama

9. KUALA LANGAT (SMK Jenjarom)
Pelancongan Desa Mempromosi Kebudayaan Negara

10. PETALING UTAMA (SMK Damansara Damai 1)
Sistem Politik Malaysia Memantapkan Perpaduan Rakyat

KEPUTUSAN :

JOHAN : KLANG (Kolej Islam Sultan Alam Shah)
NAIB JOHAN : HULU SELANGOR (SMK Syed Mashor)
KETIGA : PETALING PERDANA (SAMT Tengku Ampuan Jamaah)

KEEMPAT - KESEPULUH :
  • PETALING UTAMA (SMK Damansara Damai 1)
  • SEPANG (SAM Bandar Baru Salak Tinggi)
  • HULU LANGAT (SMK Abdul Jalil)
  • GOMBAK (SBPI Rawang)
  • KUALA SELANGOR (SMKA Kuala Selangor)
  • SABAK BERNAM (SMKA Simpang Lima)
  • KUALA LANGAT (SMK Jenjarom)
*Keputusan diumum dari tempat kesepuluh hingga pertama. KISAS akan mewakili negeri SELANGOR DARUL EHSAN ke Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. Selamat berjaya !!!!

  • Ini adalah pertandingan tertinggi yang dicapai pada tahun ini bagi Prof. Kejayaan terbaik yang pernah digapai oleh pasukan PETALING UTAMA (SMK Damansara Damai 1) adalah pada edisi 2007 iaitu dengan menduduki tempat ke-3.
  • Keluar rumah pukul 6 pagi dan balik ke rumah pada pukul 9 malam. Hari yang sangat meletihkan.
  • Keluar awal sebab lokasi yang agak jauh.
  • Balik lambat sebab berjalan-jalan di sekitar Kajang, Sepang, Putrajaya serta makan besar. Hoho.
  • Pertandingan forum terakhir bagi tahun 2009 dan akan bersambung semula pada edisi 2010.
  • Sekian....
Pasukan Forum Remaja Petaling Utama 2009

Tuesday, December 1, 2009

Ulang Tahun Pertama Kereta Hilang

Heloooo.. Hari ini 01 Disember 2009, genap sudah setahun pemergian kereta famili setelah dicuri oleh pencuri kereta profesional pada 01 Disember 2008. Sekejap betul masa berlalu. Pejam jelik, pejam celik dah sampai setahun. Huhu. Tak lama lagi ulang tahun pertama kereta baru yang menggantikan kereta lama yang dicuri tu. Kes ni dah pun ditutup dan selesai. Kereta yang hilang tu mesti dah barai habis lah. Kesian kereta yang banyak berjasa kepada famili ku itu. Isk..isk..isk.. Kalau nak tahu mengenai kisah kereta yang hilang tu, sila klik ==>> Where WJN 5862 ???? Sekian..

Saturday, November 28, 2009

Dah Dapat Lesen Motosikal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua yang sudi melapangkan masa di Planet ini. Sebelum terlambat, Prof ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H / 2009M buat warga Islam di Malaysia. OK !! Berbalik semula kepada topik yang ingin dikongsi bersama kalian. Pada 24 November 2009 yang lepas, Prof telah berjaya memiliki sekeping kad nipis iaitu Lesen L (Lesen Belajar Memandu Malaysia) untuk motosikal kelas B2. Alhamdulillah. Tak perlulah Prof melanggar undang - undang jalan raya lagi iaitu dengan menunggang motosikal tanpa lesen . Huhuhuhu. Prof akan ceritakan serba sedikit mengenai proses untuk mendapatkan lesen ni.

  • Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) (14 November 2009)
Inilah adalah kursus pertama yang perlu dihadapi oleh semua calon yang ingin mendapatkan lesen memandu dalam apa jua kelas. Ingat kat sekolah & universiti je yang ada kurikulum ? Nak ambil lesen pun ada kurikulum taw !! Kursus KPP ni mengambil masa selama 5 jam. Betapa bosannya mendengar ceramah yang disampaikan oleh cikgu -cikgu. Rasa macam nak tidur je. Dewan ceramah pun sejuk je. Memang sesuai sangat kalau nak melenakan mata. Haha. Antara intipati ceramah ini ialah mengenai undang - undang jalan raya, keselamatan pemandu dan sebagainya.

  • Ujian Bahagian 1 Berkomputer JPJ (17 November 2009)
Baru je nak rehat selepas terpaksa mengharungi final exam selama 3 minggu. Ada lagi exam yang kena buat. Tapi takpe. Semangat berkobar - kobar tu ada lagi. Hehe. Ujian ni merupakan peringkat seterusnya selepas mengahadiri kursus KPP. Prof mengambil ujian ini di MYeg Danau Kota. Ini merupakan halangan penting yang perlu dihadapi sebelum ke peringkat seterusnya. Kalau tak lulus ujian ni. Terpaksa la ulang sampai lulus. Kalau tak, sampai bila lesen nak keluar. Ujian ni merangkumi ujian penglihatan, rabun warna dan undang - undang. Ujian ini mengandungi 50 soalan berkaitan undang - undang. Markah lulus ialah 42/50. Rasa takut gak nak jawab soalan ni sebab banyak yang mengelirukan !! Masa yang diberi adalah selama 50 minit. Prof jawab dalam masa 30 minit dan berjaya lulus dengan cemerlang dengan markah 47/50. YahOoOoOo !!!!
Keputusan ujian berkomputer
  • Kursus Pra-L (21 November 2009)
Ini merupakan kursus terakhir sebelum lesen L dikeluarkan. Kursus ini juga merupakan sesi ceramah terakhir. Jadi lepas ni dah takde ceramah. Huhu. Kursus ni selama 6 jam !! Perghh.. Sabar je la. Tapi tak sampai 6 jam rasanya. Tunggu cikgu masuk dewan 1 jam. Rehat 2 jam. Ceramah 2 jam. Main motor 2 jam. Haha. Melalui kursus ini, aspek yang disampaikan oleh cikgu ialah mengenai motosikal dan litar latihan memandu di tempat berkenaan. Dah habis ceramah, calon dibenarkan untuk 'merempit' di litar sambil diawasi oleh cikgu. Hehe. Bukan merempit yer. Tu nama popular je. Haha. Pelajar perlu membiasakan diri dengan keadaan di litar sebelum menghadiri sesi latihan selama 8 jam. Sesi 8 jam ni perlu diikuti oleh semua calon sebagai persediaan sebelum diuji oleh pegawai JPJ. *Tak cukup 8 jam pun takpe. 2 jam pun dah OK. Prof perlu memegang lesen L sekurang - kurangnya selama sebulan sebelum dapat diuji oleh pegawai JPJ dan lesen P dikeluarkan. Sekian.


Saturday, November 14, 2009

Tawaran Ke SMK Damansara Utama (SMKDU)

Pada bulan puasa 1430H/2009M yang lepas, Prof dapat tawaran untuk menyambung pengajian kat SMK Damansara Utama (SMKDU). Semua ni terjadi atas beberapa sebab dan faktor. Tak perlulah rasanya nak diceritakan kat sini. Perkara ni dah cukup untuk memeningkan otak Prof. Kena torture habis-habis pasal tawaran ni. Sampai kena jumpa Kaunselor tu !! Perghh.. Tapi ramai yang tak bagi Prof pergi ke SMKDU tu. Tapi bak kata PK Akademik, "YANG NAK PINDAH KO, BUKAN DIORANG".. Haha.. Lawak pulak rasa bila ingat balik masa tu. Untuk pengetahuan, SMKDU merupakan SEKOLAH KLUSTER iaitu sekolah pilihan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang cemerlang dalam UPSR, PMR sahaja yang boleh masuk sini. Ciri-ciri sekolah kluster tak banyak beza dengan SBP. Kira sekolah kluster ni lebih kurang sama la dgn SBP. Kalau Prof jadi la pindah kan, mungkin tahun depan kot. Tu pun kalau jadi la. Tapi mak dah menghalau suruh pergi (menyesal bagitau dia.. hehe..). Baru-baru ni pulak, dah kena warning dengan seorang pentadbir supaya jangan pindah. Jadi, kiranya Prof ni orang penting la kat SMKDD1. Haha. Bangganya. Kalau jadi pergi, Prof akan kehilangan banyak jawatan penting tapi jawatan Pengawas masih kekal kat SMKDU. Prof juga mungkin akan terlepas untuk menyertai banyak pertandingan yang terlampau disukai seperti FORUM REMAJA, PIDATO, BAHAS, KAUNSELING KERJAYA. Apa yang Prof tak sanggup untuk tinggalkan ialah, bukana saja kawan-kawan dan cikgu-cikgu, tetapi DEDUKSI iaitu majalah sekolah yang Prof dah buat sepanjang tahun, jawatan Ketua Editor pulak tu. Hehe. Cukup la sampai sini dulu. Adakah Prof akan berpindah ? Nantikan keputusannya tahun depan.

Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian
Lepasan SPM atau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang
diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.

Mulai 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem
penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan
peringkat kelulusan A+.

Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit
terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit
adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah.

Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran,
penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.


Penentuan Aliran

Kaedah penentuan aliran bagi semua calon ialah dengan mengguna pakai 4
daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :

*Aliran Sains*

* Matematik
* Matematik Tambahan
* Fizik
* Kimia
* Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka
Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi
Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains
Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan

*Aliran Sastera*

* Bahasa Malaysia
* Matematik
* Sains
* Sejarah
* Pengajian Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan
Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

Pengiraan Merit

1. Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%)
dan Markah Kokurikulum (10%).
2. Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata
pelajaran
3. Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
* 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
* 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

1. 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
1. Matematik
2. Matematik Tambahan
3. Fizik
4. Kimia
5. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik
& Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta
/ Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains
Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan
/ Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi
Asas / Pengetahuan Sains Sukan
2. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

*Contoh Pengiraan*

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9
mata pelajaran;

1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pendidikan Islam A+
4. Sejarah A+
5. Matematik A+
6. Matematik Tambahan A
7. Fizik A-
8. Kimia A
9. Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)

1. Matematik A+ = 18
2. Matematik Tambahan A = 16
3. Fizik A- = 14
4. Kimia A = 16
5. Biologi A- = 14
JUMLAH 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang
diambil (Aliran Sains)

1. Bahasa Melayu A+ = 18
2. Bahasa Inggeris A+ = 18
3. Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH 54

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama
Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

*Jumlah Markah Akademik *
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
= *81*

Pengiraan Merit Aliran Sastera

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :

1. 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-
1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sains
4. Sejarah
5. Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah /
Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;
2. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

*Contoh Pengiraan*

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sastera yang mengambil 9
mata pelajaran;

1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pengetahuan Moral B+
4. Sejarah C+
5. Matematik B
6. Sains B
7. Perdagangan C+
8. Ekonomi Asas C
9. Ekonomi Rumah Tangga A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera)

1. Bahasa Melayu A+ = 18
2. Matematik B = 10
3. Sains B = 10
4. Sejarah C+ = 8
5. Pengetahuan Moral B+ = 12
JUMLAH 58

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang
diambil (Aliran Sastera)

1. Bahasa Inggeris A+ = 18
2. Ekonomi Rumah Tangga A = 16
3. Sejarah C+ = 8
JUMLAH 42

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama
Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3

*Jumlah Markah Akademik*
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
= (58 + 23.3)/120 x 90
= *60.9*

Penyediaan Susunan Merit (Ranking)

1. Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik
(90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
1. Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
2. Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
3. Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
4. Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang
diperoleh pemohon akan diambil kira ;
2. Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah
merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
3. Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk
penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 / 1430H Maaf Zahir Dan Batin !!!!

Assalamualaikum W.B.T..
Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2009 / 1430H Maaf Zahir Dan Batin..
Di sini Prof menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua terutamanya kawan - kawan dan cikgu jika ada salah silap..
Prof mohon maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki ok !!

Sunday, September 13, 2009

Pertandingan Media Maklumat Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Petaling Utama 2009 (08 April 2009)

Pada 08 April 2009 (Selasa) yang lepas, Prof bersama 3 lagi orang rakan telah mewakili sekolah bagi menyertai Pertandingan Media Maklumat Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Petaling Utama 2009. Pertandingan telah berlangsung di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti MBPJ. Ini merupakan pertandingan yang ke-4 bagi Prof sepanjang tahun 2009 setakat 08 April 2009. Pasukan SMKDD1 terdiri daripada Prof (ketua pasukan), Elia Syameen, Angela & Sulastri. Semuanya terdiri daripada kelas yang sama. Kerjaya yang dipilih adalah mengenai Teknologi Mudah Alih / Mobile Technology.

Info mengenai pertandingan.
  • Pasukan perlu menerangkan maklumat mengenai skop pekerjaan yang dipilih secara terperinci.
  • Bahan yang perlu dipamerkan di booth adalah seperti model kerjaya (perlu berfungsi), poster, buku kecil, bunting dan pengenalan diri bagi setiap ahli pasukan.
  • Setiap booth akan dikunjungi oleh 3 orang juri dan pasukan diberi masa selama 10 minit bagi menerangkan maklumat dan menjawab pertanyaan para juri.
  • Bahan yang dipamerkan hendaklah terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula. Penggunaan bahan kitar semula akan mendapat markah bonus.
  • Cara penyampaian maklumat adalah dalam bentuk presentation.
Sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini :
  • SMK Damansara Damai 1.
  • SMK Seri Permata.
  • SMK (P) Sri Aman.
  • SMK (P) Taman Petaling.
Keputusan Pertandingan :
  • Johan : SMK (P) Taman Petaling.
  • Naib Johan : SMK (P) Sri Aman.
  • Ketiga : SMK Damansara Damai 1.
Ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan kerana ini adalah pertama kali SMKDD1 menyertai pertandingan sebegini dan merupakan kejayaan pertama Unit Bimbingan & Kaunseling sejak SMKDD1 ditubuhkan pada tahun 2003. Hasil usaha keras kami berempat tidak sia-sia walaupun menghadapi pelbagai masalah bagi membuat persediaan sebelum hari pertandingan. Terima kasih kepada Pn. Norhasliyana di atas bimbingan beliau. Terima kasih juga buat rakan seperjuangan yang telah banyak berusaha bagi menggapai kejayaan julung kali ini !!!! InsyaAllah tahun depan kita serta lagi !!!! Tahniah buat pasukan terutamanya Prof. Haha. Info mengenai Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Petaling Utama boleh ditatapi menerusi akhbar Sinar Harian keluaran 09 April 2009. Sekian.

Saturday, September 12, 2009

Penyucian Jiwa Di Tanah Suci (Bhg.2)


HARI 6 / 05 JUN 2009
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 7 / 06 JUN 2009
Melakukan ziarah di sekitar Kota Makkah seperti ke Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Ja'aranah untuk berniat umrah.

HARI 8 - 10 / 07 - 09 JUN 2009
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah. Para jemaah berpeluang ke Hudaibiah untuk melawat ladang unta dan minum susu unta. Unta-unta kat sana semua kacak & cantik-cantik belaka. Haha. Semasa melakukan umrah yang ke 6, Prof menghadapi masalah apabila kain ihram yang dipakai di bahagian bawah sentiasa terselak (tahap selamat) dan menyebabkan Prof 'terseksi' sedikit serta terpaksa memegang kain tersebut sepanjang masa ketika umrah bagi mengelakkan sebarang kejadian ngeri tidak berlaku. Haha. Proses umrah ketika ini dilakukan dengan penuh teliti agar tidak terdedah bahagian yang tak sepatutnya. Faham-faham je lah yer. Alhamdulillah. Prof serta keluarga berjaya melakukan 7 kali umrah yang pahalanya sama seperti 1 kali Haji. Amin. Aktiviti lain adalah SHOPPING ataupun TAWAF KIDAI (nama lain bg shopping), makan, makan, makan dan makan. Makanan kat sana semuanya sedap-sedap belaka. Tak hairanlah berat badan Prof naik agak banyak selepas balik Malaysia. Haha.

HARI 11 / 10 JUN 2009
Semua para jemaah mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal @ Tawaf Wida' sebelum meninggalkan Kota Suci Makkah. Perasaan sedih apabila selesai Tawaf Wida'. Itulah kali terakhir melihat Kaabah sebelum berangkat pulang. Kemudian berangkat ke Jeddah Airport untuk penerbangan pulang dan singgah di Bahrain (transit) sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, Malaysia. Berlepas jam 8.25 malam.

HARI 12 / 11 JUN 2009
Tiba di KLIA jam 9.40 pagi.

PENGHARGAAN :
  • Misbah Travel & Tours Sdn Bhd.
  • Ustaz Haji Abdul Rahman (Ketua Rombongan).
  • Semua para jemaah, harap dapat jumpa korang lagi nanti.
  • Gulf Air (flight).
  • Kawan-kawan kat Malaysia yg byk mendoakan.
  • Dan sesiapa je la yg ada terlibat dalam perjalanan umrah ni.
Entah bila lagi Prof dapat menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci Makkah, Madinah. Jika ada rezeki lagi, InsyaAllah Prof akan ke sana lagi. Kalau nak tengok gambar umrah sila klik ==>> KLIK DI SINI. Sekian.

Penyucian Jiwa Di Tanah Suci (Bhg.1)


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia. Sebelum terlambat, Prof nak mintak maaf sebab dah 3 bulan tak update blog kerana terlampau sibuk dengan pelbagai kerja. Prof juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa 2009M / 1430H, walaupun kini sudah masuk 10 malam yang terakhir. Pada post kali ni, Prof akan menceritakan serba ringkas pengalaman mengerjakan ibadah umrah pada cuti penggan persekolahan pada bulan Mei & Jun yang lepas.

HARI 1 / 31 MEI 2009
Berlepas ke Bahrain (transit sebelum berlepas ke Jeddah, Arab Saudi). Penerbangan mengambil masa 8 jam. Berada di Bahrain hanya untuk tempoh satu malam sahaja. Banyak juga aktiviti yang dapat dilakukan di sini walaupun masa yang agak terhad. Kadar tukaran mata wang agak mahal berbanding mata wang RM iaitu kira - kira BD1 = RM10. *BD (Bahrain Dinar). Cuaca yang agak panas dan kering serta berdebu. Perbezaan masa pula, waktu di Malaysia cepat 5 jam berbanding di Bahrain. Walaupun kadar tukaran mata wang sangat mahal, banyak juga duit yang terbang sebab shoping !! Takpe la. Sekali sekala kan. Tidak ada masalah dari segi pertuturan bahasa kerana warga Bahrain menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan. Sempat juga Prof bersembang dengan beberapa warga Bahrain. WOW !! Bukan susah pun nk cakap omputih ni. Haha.

HARI 2 / 01 JUN 2009
Masa untuk berlepas dari Bahrain ke Jeddah yang mengambil masa selama 2 jam. Setelah tiba di Jeddah, terpaksa beratur panjang bagi proses pemeriksaan passport. Setelah urusan di Jeddah Airport selesai, rombongan jemaah bertolak pula ke Madinah dengan menaiki bas. Masa yang terluang ketika di dalam bas digunakan sepenuhnya untuk merehatkan diri kerana setelah tiba di Madinah nanti, tiada masa untuk berehat. Walaupun agak letih, ini semua adalah sebahagian daripada dugaan.

HARI 3 / 02 JUN 2009
Tiba di Madinah. Lepas check-in kat hotel, kena bersiap secepat mungkin bagi menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi yang terletak kira 200m dari hotel. Seterusnya kira-kira 4 jam kemudian, kami ziarah makam Nabi Muhammad S.A.W serta sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Sempat juga bersolat di Raudah walaupun terpaksa berhimpit kerana penuh dengan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang bersolat di kawasan ini. Kemudian, menziarahi perkuburan Al-Baqi' yang terletak berhampiran masjid. Kemudian, aktiviti bebas bagi para jemaah iaitu memperbanyakkan ibadat.

HARI 4 / 03 JUN 2009
Aktiviti bebas bagi para jemaah iaitu memperbanyakkan ibadat. Tidak ketinggalan adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh kami semua terutamanya kaum wanita iaitu SHOPPING !! Tugas kaum lelaki adalah untuk membawa barang shopping. Haha.

HARI 5 / 04 JUN 2009
Aktiviti ziarah luar di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Ladang Kurma, Pasar Tamar dan sebagainya. Setelah selesai ziarah luar, para jemaah melakukan ziarah selamat tinggal sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah bagi menunaikan umrah. Singgah di Masjid Bir Ali untuk berniat ihram. Pengalaman pertama memakai kain ihram adalah sangat berlainan kerana badan hanya dilitupi dengan kain ihram sahaja dan tiada sebarang pakaian dalam. Rasanya sangat BERANGIN !! Haha. Kain nak terselak je rasa. Kalau dah terselak tu. SENSORED beb ! Tapi nasib baik la tak terselak. Kesimpulannya sepanjang berada di Madinah, cuaca yang sangat panas dan suhu yang mencecah 50'C dan pengalaman yang sangat menarik. Perjalanan Madinah - Makkah mengambil masa selama 5 jam. Tiba di Makkah pada waktu malam. Setelah tiba, kami berehat sebentar sebelum menyelesaikan umrah pada malam itu juga. Agak teruja ingin memasuki kawasan Masjidil Haram dan melihat sendiri KAABAH yang menjadi kiblat umat Islam di depan mata !! Prof tergamam dan tidak dapat berkata apa-apa melihatkan Kaabah yang tersergam indah di depan mata. Akhirnya umrah pertama dapat diselesaikan. Alhamdulillah.

Saturday, June 13, 2009

Alhamdulillah.. Berkat Doa Semua..

ALHAMDULLILLAH....berkat doa semua, Prof dapat menyelesaikan ibadah umrah dengan dipermudahkan ALLAH dan kesihatan yang tidak terganggu. Hanya mengalami sedikit masalah kesihatan sekembalinya ke tanah air. Prof dah selamat kembali ke tanah air pada 11 Jun 2009 pukul 9.40 pagi. Prof nak ambil kesempatan ini nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan Prof dan Prof akan update blog (profdrkrull.blogspot.com) dengan cerita pengalaman di tanah suci Makkah nanti, INSYAALLAH. Prof juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Haji Abd Rahman Kassim (ketua jemaah) yang telah banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih juga kepada MISBAH TRAVEL AND TOURS SDN. BHD. di atas perkhidmatan yang bagus. Tidak dilupakan juga kepada kesemua jemaah umrah (pakej 31/05/09 - 11/06/09) yang BEST - BEST belaka. Harap dapat jumpa korang lagi !!!!

Saturday, May 30, 2009

Selamat Tinggal Semua.. InsyaAllah Kita Jumpa Lagi !!

Assalamualaikum semua rakan - rakanku. Ini merupakan warkah terakhir Prof sehingga Prof kembali ke tanah air nanti selesai mengerjakan ibadah Umrah, InsyaALLAH. InsyaALLAH jugak, esok 31 Mei 2009, Prof akan berangkat ke Tanah Suci. Kesempatan ini Prof ingin memohon maaf dan ampun kepada mereka yang mengenali dan yang tidak mengenali Prof, keluarga, sahabat di sini yang sentiasa memberi semangat. Doakan kesihatan Prof agar dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan agar perjalanan ibadah Umrah dapat Prof lakukan dengan tenang dan lancar. Prof akan turut doakan kesejahteraan buat semua yang ditinggalkan di sini dan seluruh umat Islam sejagat. Sehingga kita jumpa lagi, InsyaAllah....ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

LABAI KALLAH HUMMA LABAIK
LABAIKALA SYARIKALA KALA BAIK
INNAL HAMDA WALNI’MATA
LAKAWAL MULK
LA SYARIKALAK

(Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Tuhan yang tiada sekutu bagi Mu, Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, sesungguhnya segala pujian nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu, tidak ada sekutu bagi Mu)

Tuesday, March 17, 2009

Keputusan SPM 2008

12 Mac 2009..
Keputusan SPM 2008 dah diumumkan..
Rekod SPM 2008.. 20 A je..
Takleh lawan rekod SPM 2007..
Azali Azlan.. 21 A..
Hebat lagi lelaki..
Haha..
Apapun.. Tahniah kpd semua yang berjaya !!!!

Emm..
Kat sekolah Prof..
Tkde yg dpt straight A..
  • 9A : Low Sze Wei & Dhanya..
  • 8A : Helmay
  • 7A : Izzati
  • 6A : Sayyidah & Syaza
  • 5A : Afiqah
Peratus lulus meningkat..
Ramai lagi yg dpt keputusan bgs..
Prof dh lupa laa..
Sori kalau ada yg tertinggal..
Tahniah kpd semua yang berjaya !!!!

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Petaling Utama 2009

Berdiri dari kiri : Suhaida, Raden, Rashid, Bella.. Duduk : Prof Dr KruLL..

Pada 11 Mac 2009.. Pasukan Forum Remaja SMKDD1 telah berentap sekali lagi untuk mempertahankan kejuaraan di peringkat daerah Petaling Utama.. Kelebihan buat pasukan SMKDD1 kerana berforum di tempat sendiri.. Pasukan Forum SMKDD1 masih mengekalkan peserta yang sama iaitu :
  • Suhaida (Pengerusi)
  • Rashid (Ahli Panel 1)
  • Prof Dr KruLL (Ahli Panel 2)
  • Bella (Ahli Panel 3)
  • Raden (Simpanan)
Sekolah - sekolah yang terlibat adalah sekolah yang telah mendapat tempat JOHAN, NAIB JOHAN dan KE-3 di ZON DAMANSARA dan ZON MBPJ.. Juara bagi pertandingan ini akan mewakili PETALING UTAMA ke peringkat NEGERI SELANGOR yang akan berlangsung di Sepang.. Sekolah yang terlibat :
  • SMK Damansara Damai 1 (Damansara)
  • SMK Damansara Jaya (Damansara)
  • SMK Bandar Utama (Damansara)
  • SMK Taman Dato Haron (MBPJ)
  • SMK Kelana Jaya (MBPJ)
  • SMK Assunta (MBPJ)
Saingan yang diberikan cukup hebat sehingga panel hakim senang untuk memilih pemenang.. Haha.. Keputusan rasmi :
  • JOHAN : SMK Damansara Damai 1
  • NAIB JOHAN : SMK Bandar Utama
  • KE-3 : SMK Taman Dato Haron
  • KE-4 : SMK Damansara Jaya
  • KE-5 : SMK Kelana Jaya
  • KE-6 : SMK Assunta
  • Pengerusi Terbaik : Suhaida (SMKDD1)
  • Ahli Panel Terbaik : Rashid (SMKDD1)
Buat kali ketiga berturut - turut SMK Damansara Damai 1 akan mewakili daerah Petaling Utama ke peringkat negeri Selangor.. Tahniah untuk Prof dan pasukan forum SMKDD1.. Terima kasih kepada jurulatih kami yang tak penat untuk melatih kami sehingga terpaksa berlatih pada waktu cuti.. Secara keseluruhan.. Sekolah - sekolah yang bertanding memberikan saingan yang cukup hebat.. Emm.. Tak cukup tu aje.. Ramai gak awek - cun.. Nasib baik tak tergoda nafsu untuk berforum.. Huhu.. Terima kasih kepada sekolah pelawat yang datang membawa peserta yang cun - cun.. Semoga berjumpa lagi pada tahun depan.. Haha..

Doakan kejayaan SMKDD1 di Pertandingan Forum Remaja Peringkat Negeri Selangor 2009..

Saturday, February 21, 2009

Kejohanan Road Run SMK Damansara Damai 1 Tahun 2009

Pada Sabtu - 21 Februari 2009..
SMKDD1 telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa yang lebih dikenali sebagai Road Run..
Prof tak dapat lari sebab ada tugas ambil gambar (Penolong Ketua Editor Majalah Sekolah)..
Buat kali ke-4 sejak tahun 2006..
Rumah Wira (hijau) berjaya mengekalkan kejuaraan..
Rumah Perdana (merah) berjaya mengekalkan kedudukan di tempat ke-2..
Rumah Waja (biru) berjaya perbaiki kedudukan daripada tempat ke-4 kepada tempat ke-3..
Rumah Satria (kuning) menduduki tempat ke-4..

Apa pun..
Rumah Wira menang !!!!
Yeah !!!!
Tahniah !!!!

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Zon Damansara 2009

Pada Jumaat - 20 Februari 2009..
Pasukan Forum Remaja SMK Damansara Damai 1 telah pergi ke SMK Damansara Jaya bagi menyertai pertandingan ini..
Pasukan Forum Remaja SMKDD1 telah disertai oleh :
  • Pengerusi : Suhaida
  • Ahli Panel 1 : Rashid
  • Ahli Panel 2 : Prof Dr KruLL
  • Ahli Panel 3 : Bella
  • Simpanan : Raden
Antara 9 sekolah yang menyertai pertandingan ini sekitar zon Damansara :

  • SMK Bandar Utama Damansara
  • SMK Bandar Utama Damansara (3)
  • SMK Bandar Utama Damansara (4)
  • SMK Bandara Sri Damansara (2)
  • SMK Damansara Damai 1
  • SMK Damansara Jaya
  • SMK Damansara Utama
  • SMK Seksyen 10 Kota Damansara
  • SMK Tropicana
Keputusan rasmi :

  • Johan : SMK Damansara Jaya
  • Naib Johan : SMK Damansara Damai 1
  • Ketiga : SMK Bandar Utama Damansara
Serba sedikit cerita di sana..

  • Pasukan SMKDD1 tiba di lokasi sekitar 7.30a.m.
  • Mendapat giliran ke-3 untuk berforum
  • Perasaan gementar dan takut menyelubungi pasukan forum
  • Segala usaha selama seminggu telah berjaya dipersembahkan dengan mantap
  • Sesi bergambar selepas habis giliran berforum
  • Pasukan terakhir selesai berforum sekitar 12.15p.m.
  • Persembahan nyanyian oleh klon Alleycats
  • Pengumuman keputusan
  • Penyampaian sijil
  • Perasaan kecewa sebab tak dapat pertahan kejuaraan
  • Balik
  • Singgah kat masjid untuk sembahyang Jumaat
  • Jamuan makan kat Mutiara Damansara
  • Balik sekolah
Pasukan yang mendapat tempat JOHAN dan NAIB JOHAN akan mewakili ZON DAMANSARA ke peringkat daerah PETALING..

Rancangan Kisah Minggu Ini (KMI) Tidak Dapat Diteruskan

Rancangan Kisah Minggu Ini (KMI) yang telah bersiaran sebanyak 2 episod terpaksa dihentikan tayangannya di http://profdrkrull.blogspot.com kerana masalah teknikal..
Harap maklum..

Friday, January 30, 2009

Windows Media Player 12 (2008)


Windows Media Player (2008)
Size : 30.5MB
Format : RAR

Windows Media Player 12 Release 2008 
Windows Media Player (WMP) is a digital media player and media library application developed by Microsoft that is used for playing audio, video and viewing images on personal computers running the Microsoft Windows operating system, as well as on Pocket PC and Windows Mobile-based devices. Editions of Windows Media Player were also released for Mac OS, Mac OS X and Solaris but development of these has since been discontinued. 


Tuesday, January 27, 2009

Jenis - Jenis Kote










Emm..
Apa yang anda semua fikir ??
Dah puas tengok ??
Pilih la satu..
HAHAHAHA..
Ini adalah satu gurauan sahaja..

Saturday, January 24, 2009

Kisah Minggu Ini (KMI) Episod 3

Isnin - 19 Januari 2009

Pencarian Sidang Redaksi Majalah Sekolah 2009 bermula.. (Prof la juri.. Haha)..
Siapa yang tak dapat menjadi salah seorang Sidang Redaksi tu..
Jangan serang Prof yer..
Hihi..

Selasa - 20 Januari 2009

Prof dilantik oleh Guru Penyelaras majalah sekolah 2009 sebagai Penolong Ketua Editor.. (Yeah !!!!)..
Mesyuarat Agung Badan Beruniform Pengakap..
Dilantik menjadi Setiausaha Badan Beruniform Pengakap.. (menang tanpa bertanding dan berjaya mengekalkan jawatan )..
Latihan Road Run..
Sesi bertemu / mengurat pelajar sesi petang (rancangan Prof dan beberapa pengikut setia)
Memulakan kerja - kerja projek keceriaan sekolah..

Rabu - 21 Januari 2009

Mesyuarat Agung Kelab Badminton..
Hilang jawatan AJK yang dipegang tahun lepas kerana tidak bertanding atas masalah bulu tangkis.. Haha..
Subjek Fizik taklah susah pun.. Senang je.. Huhu.. (Berlagak)..
Pengumuman tarikh - tarikh bagi pertandingan Debat, Forum, dan seangkatan dengannya..
Emm.. Prof kena pilih satu antara debat dengan forum sebab tarikh pertandingan dekat - dekat !!
Tapi nama Prof ada kat bahagian debat dengan forum..
Siapalah yang letak nama Prof kat bahagian forum tu..
Nama Prof  kat bahagian debat dan pidato cukup la..

Khamis - 22 Januari 2009

Mesyuarat Agung Persatuan Bahasa Melayu..
Menang tanpa bertanding jawatan Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu..
Mula merasai bahang kesusahan subjek Add Math..

Jumaat - 23 Januari 2009

Mesyuarat Agung Kelab Bonus.. (Pengawas)..
Tak perlu mesyuarat..
Kawad kaki je..
Acara pergaduhan terbesar tahun ini di sekolah melibatkan pelajar Melayu dan India..
Acara ini diberi nama GADUH BERIRAMA.. Haha..
Kebanyakan pengawas lelaki terlibat bagi membantu meleraikan kes pergaduhan ini..
Hari terakhir sekolah sebelum cuti Tahun Baru Cina !!!!
Kerja rumah untuk cuti Tahun Baru Cina banyak gilaaa !!!!

Sabtu - 24 Januari 2009

Semakan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh 2009..
Prof tak ditawarkan !!!!
Gembiranya hati ini..
Kawan Prof seorang je yang dapat tawaran tu..
Bertuah sungguh beliau..
Tahniah..



Sunday, January 18, 2009

Kisah Minggu Ini (KMI) Episod 2

Isnin - 12 Januari 2009

Prof pelajar pertama tingkatan 4 tahun 2009 SMKDD1 yang dipuji terror Fizik !!!!
Menghadap GPK 1 bagi kerja - kerja keceriaan sekolah..
5 hari menjelang Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu

Selasa - 13 Januari 2009
Menghadap GPK 1 bagi perbincangan rancangan kerja - kerja keceriaan sekolah..
4 hari menjelang Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu

Rabu - 14 Januari 2009

3 hari menjelang Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu

Khamis - 15 Januari 2009

Menghadap GPK 1 bagi menerima duit perbelanjaan untuk membeli barang - barang projek.. (baki disuruh simpan)..
Huhu..
Tarikh tutup permohonan ke Sekolah Teknik sesi 2009..
2 hari menjelang Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu

Jumaat - 16 Januari 2009
Beli barang - barang projek yang agak besar dan ringan sehingga boleh diterbangkan angin..
1 hari menjelang Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu

Sabtu - 17 Januari 2009
Sekolah ganti sempena cuti Tahun Baru Cina
Proses bawa barang - barang projek ke sekolah.. (rumit !!!!)
Hari pembuangan undi di kawasan P.36 Kuala Terengganu
PAS memenangi kerusi P.36 Kuala Terengganu sekaligus merampas kerusi yang sebelum ini diduduki BN.. (Bagus !!!!)


Saturday, January 10, 2009

Kisah Minggu Ini (KMI) Episod 1

Isnin - 5 Januari 2009

Hari jadi Ibunda Prof..
Hari pertama sekolah..
Pengumuman peratus PMR 2008.. (jatuh teruk)..
Baju biru ganti baju putih.. (jadi pengawas)..
Hari Orientasi Tingkatan 4 2009..
Masuk kelas 4 Arif (Sains Tulen)..
Dilantik jadi AJK BM.. (dipaksa).. 
Prof nak jadi AJK Biology.. (tak dapat)..
Belajar subjek English, Chemistry, Physics.. (Introduction only)..

Selasa - 6 Januari 2009

Dapat buku teks.. (14 buah buku..)
Sejarah.. (sangat bosan !!).. nak drop untuk SPM.. (kalau boleh.. tapi tak boleh)..
Balik rumah.. (jadi K.O).. (penat bawa balik buku teks)..

Rabu - 7 Januari 2009

Belajar satu lagi subjek baru.. Biology.. (Introduction only)..
Berfikir - fikir untuk menambah 2 subjek tambahan dalam SPM 2010..
Sesi fotografi gambar untuk tag nama pengawas.. (tingkatan 3, 4, 5)..
Sesi mengugut rakan pengawas.. (Nazeeha).. Kesian dia.. Siapa suruh cari pasal..
Haha.. Maafkan Prof.. Huhu..

Khamis - 8 Januari 2009

Belajar satu lagi subjek baru.. Additional Mathematics.. (masih stabil lagi belajar subjek ni)..
Sesi fotografi gambar untuk tag nama pengawas.. (tingkatan 1, 2)..
Sesi mengurat pengawas sesi petang.. (rancangan Prof).. Huhu..
Susun balik kedudukan kelas.. (dah jadi macam Dewan Rakyat !!!!)

Jumaat - 10 Januari 2009

Bacaan Yasin kat sekolah..
Balik lambat.. Ada kerja.. Penat..
Sembahyang Jumaat..
Main bola sepak..
Pak Cik datang ke rumah.. (melancong).. 
Nasib baik beliau tak tanya pasal result PMR..
Huhu..










Saturday, January 3, 2009

Al-Kisah

Buat pertama kali dalam sejarah hidup Prof..
Prof memulakan tugas pertama sebagai Pengawas Sekolah..
Sempena Hari Orientasi Tingkatan 1 tahun 2009..
Tak biasa lagi pekai baju lengan panjang..
Baju baru.. Seluar baru.. kasut baru..
Kolar baju terasa keras..
Tengkok rasa keras je..
Isy.. Isy.. Isy..

Tadi ada tengok tag Pengawas yang baru..
Ok la jugak..

Tadi dapat jugak jumpa kawan lama..
Lama tak jumpa..
Best..

Sempat jugak guna laptop cikgu..
Untuk update lesen anti-virus..
Dan..
Main game dalam laptop tu..
Haha..

Ada peristiwa yang best giler jadi kat sekolah tadi..
Tapi tak boleh cerita kat sini..
Rahsia.. Sulit..

Isnin ni bermulalah sesi persekolahan sesi 2009..
Prof sudah melangkau ke tingkatan 4..
Usia sudah meningkat 16 tahun..
Nama Prof sudah disenaraikan di dalam kelas SAINS TULEN..
YAHOO !!!!

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009..
Diucapkan kepada :
Rakan - rakan..
Kawan - kawan..
Sahabat - sahabat..
Sesiapa yang mengenali Prof..
Semua yang ada di muka bumi ini..

Selamat tinggal 2008..
Selamat tinggal PMR..
Selamat tinggal 15..
Selamat tinggal 3 Arif..
Selamat tinggal George W Bush..
Selamat tinggal apa yang patut..

Selamat datang 2009..
Selamat datang SPM..
Selamat datang 16..
Selamat datang 4 Arif..
Selamat datang Barrack Obama..
Selamat datang apa yang patut datang..