Tuesday, September 7, 2010

Cerita Ramadhan 1

Assalamualaikum dan Salam 1DT..
Dah lama tak update planet ni..
Sibuk sangatlah..
OK..
Prof nak ceritakan peristiwa - peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan ni..


Cerita 1
GASTRIK DI BULAN PUASA !!


Gastrik ni menyerang prof masa minggu pertama dan kedua Ramdhan..
Kena serang pula tiba-tiba je..
Kalau kena serangan yang kuat,, perghhhh..
Sakit sampai tak boleh nak bangunlah..
Tahan je lah..
Dugaan di bulan puasa kan..
Huhu..


Cerita 2
DeDuksi DI BULAN PUASA


DeDuksi merujuk kepada MAJALAH SEKOLAH rasmin SMKDD1..
Bulan puasa ni, pihak sekolah dah bagi balik awal..
Hari Isnin - Khamis balik pukul 12.20 tengah hari..
Hari Jumaat balik pukul 12.30 tengah hari..
Bagi Prof dan AJK-AJK yang lain,,
terpaksa lah berkorban sikit..
Terpaksalah balik lambat dalam pukul 2.30 / 3.00 petang..
Nak menghasilkan majalah yang terbaik bukanlah mudah..
Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat..
'SEMUA' tu macam ramai je..
Tapi yang datang, sikit je..


Cerita 3
BAZAR RAMADHAN


Macam biasalah..
Setiap kali Ramadhan datang, mesti ada bazar Ramadhan ni..
Bazar Ramadhan kat rumah Prof,, dekat je..
Takde masalah kalau nak beli makanan ke,, minuman ke..
Tapi kebiasaannya, Prof beli air je..
Untuk minum waktu malam nanti selepas balik dari masjid untuk Solat Sunat Tarawih..
Kalau makanan pula,, Prof suka Ayam Percik..
Kalau tahun lepas,, harga Ayam Percik murah je..
Tapi tahun ni,, dah jadi mahal..
Harga ayam kan dah naik..
Jadi,, terpaksa jugalah mereka jual dengan harga yang mahal sikit..
Naik sikit je..
Takpelah..
Tapi isinya sikit je..
Emm..


Cerita 4
BERBUKA PUASA


Prof biasanya berbuka puasa dengan membaca doa terlebih dahulu..
Kemudian,, barulah meneguk air yang ditunggu-tunggu oleh tekak, tengkuk, kerongkong, trachea,, semua lah,, setelah berpuasa lebih kurang 14 jam..
Nikmat lah !!
Rasa macam masuk syurga je..
Hehe..
Kalau bab makanan,, Prof makan sikit je..
Minum air je yang banyak..
Huhu..


Cerita 5
SOLAT SUNAT TARAWIH


Prof biasanya pergi ke masjid untuk solat tarawih..
Dah ada motor sendiri, senang la sikit kan..
Surau pun ada,, tapi Prof lagi suka pergi ke masjid..
Prof biasa buat 8 rakaat sahaja + 3 rakaat untuk solat sunat witir..
Pada awal Ramadhan,, agak penuhlah masjid tu..
Tapi bila dah lama-lama,,
makin berkurang dah..
Mungkin penat sangat la kot kan ??
Emm..


Cerita 6
SHOPPING RAYA


Perkara ni mesti menjadi kewajipan lah bagi Prof..
Anak tunggal, mesti boleh beli banyak barang kan..
Hehe..
Kalau baju Melayu,, biasanya tempah khas la..
Warna hijau untuk tahun ni..
Dan ada lagi la baju Polo-T, seluar jeans, kasut dan lain-lain..
Destinasi One Utama menjadi pilihan untuk bershopping tahun ni..


Cerita 7
BERAT BADAN TURUN LAGI !!


Inilah benda yang paling Prof suka..
Prof berpuasa ni,, bukanlah berniat untuk menurunkan berat badan sebenarnya..
Tapi dah nak turun,, Alhamdulillah !!
Sebelum naik kat atas mesin penimbang tu,,
risau juga lah kalau-kalau berat badan naik..
Tetapi sebaliknya berlaku..
TURUN !!
Tak sia-sia buang duit 20 sen kat mesin tu..
TURUN 4.1 kg..
OK la tu kan..
Haha..


Cerita 8
ALLERGY MISTERI


Ni cerita misteri sikit..
Masa puasa yang ke 24, 25 dan 26,,
badan Prof tiba-tiba je gatal-gatal..
Nak kata ada allergy kat makanan or sesuatu,, takdelah pula..
Tapi biasanya kena mula pukul 6 petang ke atas sampailah malam..
Penat nak buat senaman garu-garu ni..
Haha..
Terpaksa la kena inject,, DUA (2) kali dalam masa 3 hari..
Kat bumper pula tu..
Sabar je la..
Huhu..


Cerita 9
KAD RAYA


Pasal kad raya ni,,
Prof nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi bagi kad raya..
Terima kasih kat Ammar sebab sanggup kirim kad raya dari Kajang..
Terima kasih juga kat Atikah (junior) yang juga bagi kad raya..
Biasa ucap hari raya guna SMS atau Internet je kan..
Tapi,, ucap guna kad raya juga yang seronok..
Boleh simpan buat kenangan..
Huhu..


Emm..
Tu je la kot cerita menarik yang ada sepanjang hampir sebulan berpuasa ni..
Alhamdulillah,, Prof belum lagi tinggal puasa..
Walaupun banyak cabaran,, Prof berpuasa je..
Mungkin ada lagi di luar sana yang menghadapi dugaan yang lagi teruk kan ??
Sabar je la ye..
Sampai sini je lah warkah bicara Prof untuk kali ini..
InsyaAllah,, kita jumpa lagi..


Jumaat ni dah nak raya..
Kejap je sebulan kan..
Huhu..


Entri ni agak panjang..
Terima kasih kepada yang sudi membaca..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi