Saturday, September 12, 2009

Penyucian Jiwa Di Tanah Suci (Bhg.2)


HARI 6 / 05 JUN 2009
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 7 / 06 JUN 2009
Melakukan ziarah di sekitar Kota Makkah seperti ke Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Ja'aranah untuk berniat umrah.

HARI 8 - 10 / 07 - 09 JUN 2009
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah. Para jemaah berpeluang ke Hudaibiah untuk melawat ladang unta dan minum susu unta. Unta-unta kat sana semua kacak & cantik-cantik belaka. Haha. Semasa melakukan umrah yang ke 6, Prof menghadapi masalah apabila kain ihram yang dipakai di bahagian bawah sentiasa terselak (tahap selamat) dan menyebabkan Prof 'terseksi' sedikit serta terpaksa memegang kain tersebut sepanjang masa ketika umrah bagi mengelakkan sebarang kejadian ngeri tidak berlaku. Haha. Proses umrah ketika ini dilakukan dengan penuh teliti agar tidak terdedah bahagian yang tak sepatutnya. Faham-faham je lah yer. Alhamdulillah. Prof serta keluarga berjaya melakukan 7 kali umrah yang pahalanya sama seperti 1 kali Haji. Amin. Aktiviti lain adalah SHOPPING ataupun TAWAF KIDAI (nama lain bg shopping), makan, makan, makan dan makan. Makanan kat sana semuanya sedap-sedap belaka. Tak hairanlah berat badan Prof naik agak banyak selepas balik Malaysia. Haha.

HARI 11 / 10 JUN 2009
Semua para jemaah mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal @ Tawaf Wida' sebelum meninggalkan Kota Suci Makkah. Perasaan sedih apabila selesai Tawaf Wida'. Itulah kali terakhir melihat Kaabah sebelum berangkat pulang. Kemudian berangkat ke Jeddah Airport untuk penerbangan pulang dan singgah di Bahrain (transit) sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, Malaysia. Berlepas jam 8.25 malam.

HARI 12 / 11 JUN 2009
Tiba di KLIA jam 9.40 pagi.

PENGHARGAAN :
  • Misbah Travel & Tours Sdn Bhd.
  • Ustaz Haji Abdul Rahman (Ketua Rombongan).
  • Semua para jemaah, harap dapat jumpa korang lagi nanti.
  • Gulf Air (flight).
  • Kawan-kawan kat Malaysia yg byk mendoakan.
  • Dan sesiapa je la yg ada terlibat dalam perjalanan umrah ni.
Entah bila lagi Prof dapat menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci Makkah, Madinah. Jika ada rezeki lagi, InsyaAllah Prof akan ke sana lagi. Kalau nak tengok gambar umrah sila klik ==>> KLIK DI SINI. Sekian.

Penyucian Jiwa Di Tanah Suci (Bhg.1)


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia. Sebelum terlambat, Prof nak mintak maaf sebab dah 3 bulan tak update blog kerana terlampau sibuk dengan pelbagai kerja. Prof juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa 2009M / 1430H, walaupun kini sudah masuk 10 malam yang terakhir. Pada post kali ni, Prof akan menceritakan serba ringkas pengalaman mengerjakan ibadah umrah pada cuti penggan persekolahan pada bulan Mei & Jun yang lepas.

HARI 1 / 31 MEI 2009
Berlepas ke Bahrain (transit sebelum berlepas ke Jeddah, Arab Saudi). Penerbangan mengambil masa 8 jam. Berada di Bahrain hanya untuk tempoh satu malam sahaja. Banyak juga aktiviti yang dapat dilakukan di sini walaupun masa yang agak terhad. Kadar tukaran mata wang agak mahal berbanding mata wang RM iaitu kira - kira BD1 = RM10. *BD (Bahrain Dinar). Cuaca yang agak panas dan kering serta berdebu. Perbezaan masa pula, waktu di Malaysia cepat 5 jam berbanding di Bahrain. Walaupun kadar tukaran mata wang sangat mahal, banyak juga duit yang terbang sebab shoping !! Takpe la. Sekali sekala kan. Tidak ada masalah dari segi pertuturan bahasa kerana warga Bahrain menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan. Sempat juga Prof bersembang dengan beberapa warga Bahrain. WOW !! Bukan susah pun nk cakap omputih ni. Haha.

HARI 2 / 01 JUN 2009
Masa untuk berlepas dari Bahrain ke Jeddah yang mengambil masa selama 2 jam. Setelah tiba di Jeddah, terpaksa beratur panjang bagi proses pemeriksaan passport. Setelah urusan di Jeddah Airport selesai, rombongan jemaah bertolak pula ke Madinah dengan menaiki bas. Masa yang terluang ketika di dalam bas digunakan sepenuhnya untuk merehatkan diri kerana setelah tiba di Madinah nanti, tiada masa untuk berehat. Walaupun agak letih, ini semua adalah sebahagian daripada dugaan.

HARI 3 / 02 JUN 2009
Tiba di Madinah. Lepas check-in kat hotel, kena bersiap secepat mungkin bagi menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi yang terletak kira 200m dari hotel. Seterusnya kira-kira 4 jam kemudian, kami ziarah makam Nabi Muhammad S.A.W serta sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Sempat juga bersolat di Raudah walaupun terpaksa berhimpit kerana penuh dengan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang bersolat di kawasan ini. Kemudian, menziarahi perkuburan Al-Baqi' yang terletak berhampiran masjid. Kemudian, aktiviti bebas bagi para jemaah iaitu memperbanyakkan ibadat.

HARI 4 / 03 JUN 2009
Aktiviti bebas bagi para jemaah iaitu memperbanyakkan ibadat. Tidak ketinggalan adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh kami semua terutamanya kaum wanita iaitu SHOPPING !! Tugas kaum lelaki adalah untuk membawa barang shopping. Haha.

HARI 5 / 04 JUN 2009
Aktiviti ziarah luar di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Ladang Kurma, Pasar Tamar dan sebagainya. Setelah selesai ziarah luar, para jemaah melakukan ziarah selamat tinggal sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah bagi menunaikan umrah. Singgah di Masjid Bir Ali untuk berniat ihram. Pengalaman pertama memakai kain ihram adalah sangat berlainan kerana badan hanya dilitupi dengan kain ihram sahaja dan tiada sebarang pakaian dalam. Rasanya sangat BERANGIN !! Haha. Kain nak terselak je rasa. Kalau dah terselak tu. SENSORED beb ! Tapi nasib baik la tak terselak. Kesimpulannya sepanjang berada di Madinah, cuaca yang sangat panas dan suhu yang mencecah 50'C dan pengalaman yang sangat menarik. Perjalanan Madinah - Makkah mengambil masa selama 5 jam. Tiba di Makkah pada waktu malam. Setelah tiba, kami berehat sebentar sebelum menyelesaikan umrah pada malam itu juga. Agak teruja ingin memasuki kawasan Masjidil Haram dan melihat sendiri KAABAH yang menjadi kiblat umat Islam di depan mata !! Prof tergamam dan tidak dapat berkata apa-apa melihatkan Kaabah yang tersergam indah di depan mata. Akhirnya umrah pertama dapat diselesaikan. Alhamdulillah.