Sunday, July 18, 2010

Saya Menang !!

Assalamualaikum & Salam 1 Definisi Tinggi..
Apa maksud "Saya Menang" tu ??
Sebenarnya, Prof baru je menang Pertandingan Karya Seni Kreatif PNB 1Malaysia 2009..
Bagi kategori Fotografi menengah atas..


Tiba-tiba je dapat panggilan daripada staf PNB..
Pada hari Rabu / 14 Julai 2010..
Ingatkan tak menang..
Ingatkan tak wujud dah pertandingan ni..
Apa-apa pun..
ALHAMDULILLAH..
PNB = Permodalan Nasional Berhad..


Dapat RM100 dalam bentuk unit Amanah Saham Gemilang..
Dapat sijil juga..
Bertambah lagilah koleksi sijil..
Tahniah untuk diriku..
Huhu
*(kata hati : Tahniah Boss !!)*
Terima kasih hatiku,, rasanya,, ini kali pertama hati memuji tuannya..
Ada sebab la puji tu kan ?
*(kata hati : hehe,, no komen !!)*
Dah agak dah..


Tak tau la bila nak dapat hadiah ni..
Lagi cepat, lagi bagus !!
Ada permintaan nak dibelanja ??
Cubalah memohon..
Manalah tau,, permohonan anda diluluskan..
*(kata hati : wa nak mohon dulu !!)*
Iyalah hatiku,, mohonlah !!


Apa pun,, terima kasih kat cikgu yang suruh Prof sertai pertandingan ni..
Majulah PNB untuk negara !!
Haha..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

PLKN Oh PLKN..

Assalamualaikum & Salam 1DT..
Sebelum tu,, ikuti satu berita gembira yang diterima pada Khamis, 15 Julai 2010..


"Maaf ! 93100411XXXX anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN
Siri 8/2011. Terima kasih.."

Itulah berita yang paling menggembirakan pada minggu ini..
Tapi ada beberapa lagi panggilan untuk PLKN ni..
Semoga tidak terpilih..
Sepatutnya,, perkataan "MAAF" tu,, ditukarkan kepada perkataan "TAHNIAH"..
Kan kan kan ??
Haha..

Laman web rasmi untuk semakan ke PLKN sentiasa sesak sehingga tidak dapat diakses..
Begitu juga dengan khidmat SMS,, turut sesak..
Ada yang terpaksa menunggu sehingga berjam-jam sebelum mendapat balasan daripada pihak PLKN..
Nasib baiklah semakan PLKN terbuka kepada pelajar yang lahir pasa tahun 1993 sahaja..
Kalau terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,,
boleh meletup sistem mereka (PLKN)..
Haha..

Berita paling panda  panas untuk minggu ni,, 
berita pasal PLKN ni lah..

Bagi rakan-rakanku yang terpilih menyertai PLKN,,
mereka dirai seperti memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM..

"Thivya : Visnu, you got it, PLKN !!"
"5 A's : WhOOooaaO0o0ooaaaaaa"

Itulah yang terjadi di dalam kelasku..
Memang seronok sakanlah !!
Haha..
Ada yang menangis kesedihan sebab dapat menyertai PLKN..
Ada yang gembira sebab dapat menyertai PLKN..
Apa pun reaksi anda,, nikmatilah PLKN anda !!
Huhu..

Prof tak dapat menyertai PLKN..
Anda yang membaca entri ni dapat tak ??
Kongsi la bersama Prof di sini..

"Kami wira wirawati negara..
Kini masa untuk negara.."

Ada sesiapa boleh sambung lirik lagu PLKN ni tak ?
Tak ingatlah..
Kalau salah, silalah betulkan..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi