Tuesday, June 29, 2010

Biology Chapter 4

Assalamualaikum dan Salam 1 Definisi Tinggi..
Hari ini mungkin hari paling menggembirakan buat pelajar 5 Arif..
Belajar Biology chapter 4 yang bertajuk REPRODUCTION & GROWTH..
Atau dalam BM, PEMBIAKAN & PERTUMBUHAN..
Kami belajar dengan tahap semaksimum yang boleh dengan penerangan oleh cikgu..


Oleh sebab penerangan daripada buku teks tidak memahamkan kami..
Lantas cikgu menyuruh diri ini pergi mengambil 'sesuatu' di Bilik Guru..
Apakah 'sesuatu' itu ?
'Sesuatu' itu ialah folio yang bertajuk KEHAMILAN & PENCEGAHAN KEHAMILAN.
Folio ini dibuat oleh beberapa orang pelajar pada tahun 2002 yang bersekolah di Segamat, Johor..
Masa ni, subjek Biology masih dalam BM..


Apa yang ada dalam folio itu ?
Maklumat tentang kehamilan dan pecegahan kehamilan..
Gambar 17SX (untuk tontonan pelajar aliran Sains Tulen Tingkatan 5 sahaja)..
Alat pencegahan kehamilan seperti KONDOMinium yang dah expired..
Pil pencegahan kehamilan..
Dan pelbagai lagi..
Tebal juga la buku tu..


Ketika sesi pembelajaran berlangsung,,
jiran kami iaitu kelas 4 Bestari telah didenda lepak di luar kelas,,
kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru Ekonomi Asas mereka..
Denda duduk mencangkung sambil memegang buku di atas kepala selama 2 masa=1jam 10 minit..
Nasib baik hari Selasa,, kalau hari Jumaat, 1 jam 20 minit..
Ambik korang..
Hehe..


Disebabkan jumlah mereka yang agak ramai,,
maka barisan dari depan hingga ke belakang sangatlah panjang..
Dan ada sesetengah daripada mereka, tumpang mendengar apa yang kami pelajari..
Guru Biology kami bersuara sangat nyaring dan high pitch..
Tidak hairanlah jika ada antara mereka yang lebih pakar tentang bab ini daripada kami !!
Haha..


Kami semua bersorak dengan jayanya sepanjang sesi pembelajaran berlangsung..
Pembelajaran diakhiri dengan ucapan..
THANK YOU TEACHER !!
Huhu..


Cik Dr. FNN
Setiausaha Sulit Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Sunday, June 27, 2010

Minggu Memenatkan

Assalamualaikum dan Salam 1DT..
Minggu ni (21-27 Jun 2010), minggu yang sangat penat bagi saya..
Tak sempat nak kemaskini Planet DT..
Bak kata kawan (tak ingat yang mana satu), mengalahkan PM..
Haha..
Itulah kehidupanku..


Tugasan membuat folio Add. Math sangat penat..
Tapi akhirnya, siap juga..
Nasib baik aktiviti koko banyak yang dibatalkan..
Yeah !!


Jumaat - Sabtu - Ahad (25-27 Jun 2010),
ada Perkhemahan Perdana Unit Berunifrom kat sekolah..
Tapi diri ini tidak menyertainya..
Tetapi sekadar membuat liputan untuk DeDuksi..
Daripada pagi, petang dan malam..
Baik join je kem tu..
Haha..
Terima kasih kepada Zeeha, Zeroul, Atikah yang tolong buat liputan untuk kem ni..


Emm..
Markah exam dah dapat semua..
Markah untuk semua subjek naik dengan menggila berbanding Ujian Bulan Mac hari itu..
(*kata hati : memang la markah lu naik,, Ujian Bulan Mac kan lu tak ambik, masuk hospital seminggu kan..*)
Isyy,, sibuk je hati ni..
Haha..
Nak tahu ke markah ??
Kalau ada permintaan,, InsyaAllah akan dipaparkan di sini..
Huhu..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Thursday, June 17, 2010

Bola Bola Bola

Assalamualaikum dan Salam 1DT..
Sekarang tengah rancak dengan Cawan Dunia 2010 kat Afrika Selatan..
Pasukan mana yang anda minat dan terutamanya perempuan ??
Ada beberapa dialog yang sempat dimuat turun ke dalam otak antara Prof dengan penyokong dari kalangan perempuan..


Dialog 1
Prof : Wei, kau sokong pasukan mana ?
Penyokong 1 : Mestilah Korea Selatan !!
Prof : Kenapa ?
Penyokong 1 : Sebab dorang ensem-ensem !!


*Kesimpulan : Kalau mereka tengok perlawanan pasukan Korea, mesti tersenyum je kat depan TV.. Lagi-lagi kalau ada Astro B.yond, FULL HD, semua nampak JELAS woo !! Situasi sama juga berlaku kepada perempuan-perempuan yang sokong pasukan Jerman, Sepanyol dan lain-lain.. Nak yang kacak je.. Kadang-kadang, main taklah bagus mana pun.. Huhu..


Dialog 2
Prof : Hang sokong pasukan mana ?
Penyokong 2 : Korea, Korea, Korea, Korea !!
Prof : Korea Selatan atau Korea Utara ?
Penyokong 2 : Korea Selatan la,, Korea Utara nak buat apa..
Prof : Kenapa sokong Korea Selatan ?
Penyokong 2 : Sebab ada SUPER JUNIOR !! Dorang ensem, cute weh !! *bercakap sambil guling-guling atas lantai*


*Kesimpulan : Super Junior tu kan artis, apa kena mengena dia dengan pasukan Korea Selatan ?? Setakat menyokong tu,, ada la kot ? Super Junior ni ada main ke untuk Korea Selatan ? Haha.. Lawak la.. Nak tergelak je rasa.. Kot-kot, Super Junior ni sepak bola pun tak pernah, sepak microfon tu pernah la kot.. Penyanyi la kan !! Hehe..


Bagi Prof, Prof menyokong pasukan BELANDA / NETHERLANDS.. The Oranje !! Mereka semua main bagus sangat !! Haha..
Harap, pasukan Malaysia pun akan berjaya ke pusingan akhir Cawan Dunia satu hari nanti.. InsyaAllah.. Tapi, Subkhidin Hj. Salleh tu pengadil kat sana kan.. Malaysia juga tu.. Jadi,, kira Malaysia dah layak la ni.. Huhu..


Amanat kepada pasukan Malaysia,, "kalau pengadil kita boleh, kenapa tidak anda ?"
Majulah sukan untuk negara..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi





Friday, June 11, 2010

Frasa Bertukar, Destinasi Baharu.

Assalamualaikum & Salam 1DT..
Seperti biasalah, rutin harianku semasa cuti ni banyak dihabiskan kat Planet DR..
**(sekolah)**
Apa lagi kalau bukan berkaitan dengan kerja DeDuksi..
Tapi hari ini ada peristiwa yang sangat melucukan..
Haha..


Semasa hujan lebat dan disertai dengan kilat yang sedang sabung-menyabung, tiba-tiba Penolong Ketua Editor meroyan tak tentu pasal dan mencampakkan segulung kertas warna ke atas lantai, lantas terus duduk di atas sofa warna merah, serta tiba-tiba sahaja berhasrat ingin BERTAKAFUL dengan lontaran nada yang agak panik dan tak berapa kuat..
**(Ha ? Bertakaful ? Apa kejadahnya budak..)**


Sebenarnya, beliau nak sebut BERTAFAKUR..
Tapi, akibat kecelaruan otak, perkataan BERTAFAKUR secara automatiknya bertukar kepada BERTAKAFUL..
Haha..


Sumpah lawak masa ni..
Semua yang ada kat situ, gelak habis-habisan..
**(Semua tu macam ramai je, 3 orang je kan..)**


Lagi satu, destinasi baru yang terletak di negeri Terengganu telah dicipta oleh Penolong Ketua Editor..
KUALA MARANG !!
Diriku yang mempunyai kampung di Terengganu sedikit kepelikan apabila mendengar nama itu..
Rupa-rupanya, beliau nak sebut KUALA BERANG..
Itulah sedikit kesan kepada minda beliau setelah BERTAKAFUL..
Haha !!


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Thursday, June 10, 2010

Kipas Kipas Kipas

Assalamualaikum..
Pukul 8.30 pagi tadi,, Puan Rosmawati telefon dari Planet DR,, ikuti perbualan di bawah :


Pn. Rosma : Hello,, Fakhrul ke ??
Prof : Ya saya..
Pn. Rosma : Fakhrul, kipas bilik DeDuksi tak tutup, suruh la sesiapa yang ada kat sana tutupkan,, nanti Sidang Redaksi kena marah kan..
Prof : Takpe cikgu, saya tengah otw  dalam perjalanan ke sana ni..
Pn. Rosma : Ok, ok,, cepat taw..
Prof : Ok, terima kasih cikgu..

Pn. Rosmawati merupakan guru bagi Bahagian Penajaan di DeDuksi..
Haha, macam mana la boleh lupa tutup suis kipas..
Ni gara-gara khusyuk main permainan HANG A MAN yang dianjurkan oleh Penolong Ketua Editor, semalam..
Haha..
Nak tutup suis kipas ni pula, bukannya susah sebab :
  1. Kunci ada kat Bilik GKMP (bersebelahan Bilik DeDuksi)..
  2. Bilik GKMP berkunci dan tiada guru yang bertugas pada hari ini, jadi kunci tidak boleh diambil..
Jalan Penyelesaian :
  1. Cuba telefon Penolong Ketua Editor, mana la tau kot-kot dia ada idea maha bernas, tapi dia pun tengah mamai, baru bangun tidur kot.. Haha..
  2. Sampai je kat sekolah, ambil spanar kat motor (bertujuan nak pecah masuk).. Hehe.. Tapi gagal..
  3. Pergi kat Pusat Sumber, ambil kayu panjang, bukak tingkap Bilik DeDuksi & cuba tutup suis kipas sambil menerima arahan daripada Elia (Bendahari) yang berada di arah Barat.. Prof di arah Timur.. Haha..
  4. Akhirnya,, suis berjaya ditutup. Alhamdulillah..
  5. Kesimpulannya, jangan main permainan HANG A MAN.. Hehe..
Tersangat lah lega setelah berjaya tutup suis kipas tu..
Nasib baiklah tak ramai yang perasan..
Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang ada exam hari ini,, kalau cikgu semua takde exam,, sudah tentu akan perasan bahawa kipas tu tidak terlupa ditutup..
Haha..

Eh, hari ni ada temu janji dengan doktor kat Klinik Hepatologi Hospital Selayang..
Tapi tak pergi pun, dah sihat waalfiat kot !!
Alhamdulillah..
Haha..

Kurang 24 jam dari entri ini ditulis,, akan bermulalah secara rasminya Cawan Dunia 2010..
Dan akan bermulalah fenomena mengantuk kat sekolah selama sebulan..
*(gara-gara tengok perlawanan bola awal pagi)*
Haha..

Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet DT

Tuesday, June 8, 2010

Membeli Belah Sakan !!

Assalamualaikum dan Salam 1DT buat semua..
Hari ini hari yang memenatkan..
Seawal pagi Prof telah ke Planet DR di Sg.Buloh untuk mencari kain sebagai alas pada papan kenyataan Bilik DeDuksi..
Dengan kelajuan motosikal yang mencecah 125km/j, akhirnya Prof berjaya sampai ke destinasi yang dituju..
Yeah !!
Tanpa membuang masa,, Prof terus mencari kain yang dikehendaki..
Ada 3 pilihan,, tetapi agak keliru nak pilih yang mana satu..
Lantas, Prof terus menghubungi Penolong Ketua Editor (Nazeeha) untuk meminta pandangan beliau..
Tetapi panggilan tidak dijawab kerana mungkin masih tidur ??
Gagal dengan panggilan pertama, Prof cuba pula menghubungi Ketua Jurutaip (Athirah) untuk meminta pandangan beliau..
Nasib masih lagi sama seperti panggilan pertama apabila panggilan kedua juga turut tidak dijawab kerana sudah tentu TIDUR !!
Musim cuti sekolah la kan..
Hoho..
Tidak berputus asa, Prof terus menghubungi Perdana Menteri di Planet DT,,
**(Perdana Menteri = hati)**
Akhirnya, keputusan berjaya dimeterai bersama..
Kain berwarna biru menjadi pilihan..
Selepas berjaya membeli kain, Prof terus ke Bilik DeDuksi bagi menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan..
Barang seterusnya yang dibeli ialah, peralatan bagi memastikan tiada ruang putih di papan kenyataan..
**(benda nak lekatkan kain tu kat papan kenyataan la)**
Seterusnya,, barang yang dibeli ialah peralatan bagi memastikan tiada serpihan cacat pada bahagian papan kenyataan..
**(kertas warna untuk dibuat border)**
Tak cukup lagi,, makanan dan minuman juga dibeli bagi memuaskan perut terutamanya perut Nazeeha yang mengeluh
Haha..
Air minuman Zeeha pula tiba-tiba terpancut dan menyebabkan lantai Bilik DeDuksi sedikit melekit..
Pelik sungguh.. Haha..
Zeeha berjaya mendapat gelaran BIBIK apabila melakukan kerja-kerja yang pelbagai sambil diperhatikan dari belakang oleh Prof dan Atihirah..
Syabas Zeeha !!
Hehe,, jangan marah..
Kerja yang bermula pada jam 11.00 pagi,, akhirnya tamat jua pada jam 3.30 petang..
Banyak juga wang yang digunakan untuk hari ini, tapi tidak mengapa, Prof akan claim kepada yang bertanggungjawab..
Yeah !!
Esok masih ada lagi kerja yang menanti dan perlu disiapkan..
Terima kasih kepada Zeeha dan Athirah yang banyak membantu pada hari ini..
Sampai sini dahulu, jumpa lagi..
Eh,, Cawan Dunia (World Cup) dah nak mula kan ??
3 hari je lagi..
Apakah pasukan pilihan anda ??
Selamat bersengkang mata kepada kaki bola di luar sana..


Pemerintah Planet Definisi Tinggi
Prof Hj Dr KruLL

Friday, June 4, 2010

Bilik 'DeDuksi'

Assalamualaikum kepada para pelancong yang sudi melancong ke Planet Definisi Tinggi (Planet DT)..
Terima kasih diucapkan..
Semoga Tuhan memberkati kalian..
Haha..
Hari ini,, Prof telah berkunjung ke Planet Definisi Rendah (Planet DR) yang terletak di Damansara Damai buat kali terakhir sebelum planet ini ditutup selama 2 minggu bagi kerja-kerja perehatan dijalankan..
**(tempat pengajianku)**
Tiada pasport antarabangsa diperlukan untuk mengunjungi Planet DR..
Anda hanya perlu memakai pakaian uniform yang ditetapkan atau pakaian sopan sahaja..


Mengenai tajuk post kali ini,,
Prof merupakan seorang Ketua Editor bagi majalah DeDuksi di Planet DR..
Ketika berada di sana,, Prof telah melakukan sedikit pembaikan pada bahagian pintu utama di Bilik DeDuksi..
Terima kasih kepada warga Planet DR iaitu Visnu yang sudi menolong..
Minggu depan dan minggu depan depan, kerja-kerja penambahbaikan bilik tersebut akan dijalankan dengan bantuan ahli Sidang Redaksi yang lain..
Minggu depan dan minggu depan depan juga akan diadakan sesi conference antara pegawai kerajaan dan Prof sendiri selaku Pemerintah Planet DT..
**(kelas tambahan SPM)**
Semoga hubungan diplomatik antara Planet DT dan Planet DR yang telah terjalin selama 5 tahun akan berkekalan InsyaAllah..
Program ini telah merencatkan sedikit aktiviti Prof di Planet DT untuk sesi beramah mesra bersama rakyat jelata Planet DT..
Kepada rakyat Planet DT,, jangan risau,, Prof akan meneruskan sesi tersebut..
**(sesi jalan-jalan masa cuti sekolah)**
Bantuan kewangan juga akan diberikan kepada yang sememangnya memerlukan..
**(duit tambang bas, LRT, Monorail, KTM, STAR, Air Asia, MAS, Shell)**


Sekian laporan dari Planet Definisi Tinggi untuk hari ini..
Majulah Planet DT untuk semua..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Thursday, June 3, 2010

Assalamualaikum !!

Assalamualaikum para tetamu yang sudi mangunjungi Planet Definisi Tinggi (Planet DT) yang berdefinisi tinggi ini !!
Sebelum ini, Planet ini merupakan berdefinisi rendah tetapi dengan bantuan pihak kerajaan Planet DT,,
**(maksudnya,, planet ni dah lama bersawang)**
Tetapi kini,,
Semua yang ada di sini adalah bedefinisi tinggi !!
Setanding dengan televisyen, projector FULL HD !!
Sesegar graduan universiti yang baru 2 minit menerima ijazah mereka..
Rasakan kelainan di planet ini sehebat Asstrue B.yong !!
**(kepada ASTRO,, jangan saman,, ASSTRUE adalah syarikat televisyen swasta berbayar di Planet DT..)**
Tiada sebarang syarat yang dikenakan..
Tiada sebarang bayaran dikenakan melainkan caj internet yang dikenakan pada setiap bulan..
**(kalau kat CC tu,, caj per jam la kan ??)**
Tiada kabel HDMI diperlukan untuk melawat planet ini..
Tiada 'smart card' yang diperlukan..
Tetapi apa yang diperlukan ??
Hanya sekadar sebuah komputer berinternet yang papan kekuncinya masih elok..
Semudah tengok TV Plasma je kan ?
Anda boleh melawat Planet DT dalam pelbagai cara, keadaan termasuklah dalam keadaan badan anda tiada seurat benang pun..
**(tutup tingkap, langsir,, nanti ada orang skodeng)**


Sekian..


Prof Hj Dr KruLL
Perdana Menteri Planet DT