Saturday, July 24, 2010

Nama Kenalan Di Telefon

Assalamualaikum & Salam 1DT..
Mengenai entri kali ini,
Prof nak berkongsi sikit la pasal senarai nama kenalan kat dalam handphone..
Kalau korang, korang simpan guna nama apa ??


Kalau bagi Prof,,
Prof akan simpan berdasarkan kategori tertentu..
Contoh : T5A_A Robben..
T5A ~ (T)=tingkatan,, 
(5)=tingkatan semasa,,
(A)=kelas semasa,,
( _ )=untuk jarakkan,, 
A Robben (nama kenalan)


Kalau nama kenalan tu bernama Arjen Robben,
Prof akan meringkaskan ARJEN kepada A,
dan Robben,, tiada ringkasan..


Ada banyak lagi kod yang digunakan seperti :


  • T1_   (untuk tingkatan 1)
  • T2_   (untuk tingkatan 2)
  • T3_   (untuk tingkatan 3)
  • T4_   (untuk tingkatan 4)
  • T5_   (untuk tingkatan 5)
  • T9_   (untuk senior yang dah habis sekolah)
  • TRG_(saudara mara kat Terengganu) 
  • KTN_(saudara mara kat Kelantan)
  • D6_   (untuk kawan lama masa sekolah rendah)
  • Cikgu_(untuk cikgu)
Kalau kenalan yang penting, Prof akan meletakkan huruf 'A' di hadapan nama seperti A Abah..
Senang kalau nak cari kan,, buka je senarai kenalan,, terus jumpa..
Prof saja buat macam ni sebab,, senang nak cari kenalan kalau nak telefon atau SMS..
Kalau tak buat macam ni,, kadang-kadang boleh lupa kita simpan sesuatu kenalan tu guna nama apa..
Terkial-kial nak cari..

Kalau anda,, mesti ada kod tersendiri kan..
Atau pun,, gelaran untuk kawan anda..
Kalau ada,, boleh kongsi kat sini ??
Silakanlah..

Bye..
Ada perjumpaan Pengakap lepas ni..
Nak bersiap dulu..


Prof Hj Dr. KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi
Menteri Komunikasi & Multimedia Planet Definisi Tinggi

Sunday, July 18, 2010

Saya Menang !!

Assalamualaikum & Salam 1 Definisi Tinggi..
Apa maksud "Saya Menang" tu ??
Sebenarnya, Prof baru je menang Pertandingan Karya Seni Kreatif PNB 1Malaysia 2009..
Bagi kategori Fotografi menengah atas..


Tiba-tiba je dapat panggilan daripada staf PNB..
Pada hari Rabu / 14 Julai 2010..
Ingatkan tak menang..
Ingatkan tak wujud dah pertandingan ni..
Apa-apa pun..
ALHAMDULILLAH..
PNB = Permodalan Nasional Berhad..


Dapat RM100 dalam bentuk unit Amanah Saham Gemilang..
Dapat sijil juga..
Bertambah lagilah koleksi sijil..
Tahniah untuk diriku..
Huhu
*(kata hati : Tahniah Boss !!)*
Terima kasih hatiku,, rasanya,, ini kali pertama hati memuji tuannya..
Ada sebab la puji tu kan ?
*(kata hati : hehe,, no komen !!)*
Dah agak dah..


Tak tau la bila nak dapat hadiah ni..
Lagi cepat, lagi bagus !!
Ada permintaan nak dibelanja ??
Cubalah memohon..
Manalah tau,, permohonan anda diluluskan..
*(kata hati : wa nak mohon dulu !!)*
Iyalah hatiku,, mohonlah !!


Apa pun,, terima kasih kat cikgu yang suruh Prof sertai pertandingan ni..
Majulah PNB untuk negara !!
Haha..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

PLKN Oh PLKN..

Assalamualaikum & Salam 1DT..
Sebelum tu,, ikuti satu berita gembira yang diterima pada Khamis, 15 Julai 2010..


"Maaf ! 93100411XXXX anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN
Siri 8/2011. Terima kasih.."

Itulah berita yang paling menggembirakan pada minggu ini..
Tapi ada beberapa lagi panggilan untuk PLKN ni..
Semoga tidak terpilih..
Sepatutnya,, perkataan "MAAF" tu,, ditukarkan kepada perkataan "TAHNIAH"..
Kan kan kan ??
Haha..

Laman web rasmi untuk semakan ke PLKN sentiasa sesak sehingga tidak dapat diakses..
Begitu juga dengan khidmat SMS,, turut sesak..
Ada yang terpaksa menunggu sehingga berjam-jam sebelum mendapat balasan daripada pihak PLKN..
Nasib baiklah semakan PLKN terbuka kepada pelajar yang lahir pasa tahun 1993 sahaja..
Kalau terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,,
boleh meletup sistem mereka (PLKN)..
Haha..

Berita paling panda  panas untuk minggu ni,, 
berita pasal PLKN ni lah..

Bagi rakan-rakanku yang terpilih menyertai PLKN,,
mereka dirai seperti memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM..

"Thivya : Visnu, you got it, PLKN !!"
"5 A's : WhOOooaaO0o0ooaaaaaa"

Itulah yang terjadi di dalam kelasku..
Memang seronok sakanlah !!
Haha..
Ada yang menangis kesedihan sebab dapat menyertai PLKN..
Ada yang gembira sebab dapat menyertai PLKN..
Apa pun reaksi anda,, nikmatilah PLKN anda !!
Huhu..

Prof tak dapat menyertai PLKN..
Anda yang membaca entri ni dapat tak ??
Kongsi la bersama Prof di sini..

"Kami wira wirawati negara..
Kini masa untuk negara.."

Ada sesiapa boleh sambung lirik lagu PLKN ni tak ?
Tak ingatlah..
Kalau salah, silalah betulkan..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Friday, July 16, 2010

MMU Oh MMU !!

Assalamualaikum & Salam 1DT..
MMU Oh MMU !!
Apa kena dengan tajuk entri ni ??
Sebenarnya, hari Selasa (13 Julai 2010) hari itu,
Prof telah berpeluang untuk menyertai lawatan ke Hari Informasi Kerjaya,
kat Kompleks Sukan Petaling Jaya..


Kat sana ada banyak booth yang melibatkan IPTA & IPTS..
Sebaik Prof melangkah masuk ke pntu masuk dewan tersebut,,
Prof ternampak booth Multimedia University (MMU),,
lantas kakiku bergerak laju tanpa henti,,
tetapi berhenti juga apabila sampai di booth MMU..


         


Alangkah bahagianya, Prof dapat mengetahui segala maklumat yang sudah lama ingin diketahui selama ini..
Mengenai kursus pengajian yang ditawarkan, biasiswa dan lain-lain la..
Akhirnya, Prof membuat keputusan ingin melanjutkan pengajian di MMU pada tahun 2011..
Foundation of Creative Multimedia (Asasi Kreatif Multimedia)..
Kampus Cyberjaya..
Kemasukan bulan Januari 2011..


Setelah selesai foundation / asasi..
Prof akan melanjutkan pengajian di tempat yang sama,,
tetapi di peringkat Ijazah pula..


BACHELOR OF FILM AND ANIMATION..
FACULTY OF CREATIVE MULTIMEDIA..
MULTIMEDIA UNIVERSITY..


IJAZAH SARJANA MUDA FILEM DAN ANIMASI..
FAKULTI KREATIF MULTIMEDIA..
UNIVERSITI MULTIMEDIA..


Tahun jangka tamat pengajian adalah pada 2014,,
ketika berumur 21 tahun..
Habis belajar awal,,
kerja awal,,
kumpul duit banyak-banyak..
dan....


KAHWIN !!
Haha..
*(kata hati : eleh,, nak kawen konon,, awek pun takde)*
Senyap la lu,, wa nak belajar kasi habis dulu,, baru la syok fikir pasal awek..
*(kata hati : yela,, yela,, lu menang)*
Terima kasih kata hati !!


Setelah tamat program lawatan,,
Prof dapat banyak brochure IPTA / IPTS,,
Prof dapat banyak pen.. 
Ada la dalam berbelas-belas..
Cukup la nak guna sampai habis SPM nanti..


Terima kasih IPTA / IPTS yang bagi pen!!
Haha..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Saturday, July 10, 2010

Kesibukan Melampau Minggu Ini

Assalamualaikum dan Salam 1Definisi Tinggi..
Minggu ni memang sibuk keterlampauan..
Kerja rumah yang banyak..
Aktiviti kat sekolah yang banyak..
Jadual hidupku tersangatlah padat..


Mungkin memerlukan seorang Pembantu Peribadi (P.A) ?
JAWATAN KOSONG !!
Pembantu Peribadi diperlukan..
Wanita diaduhulukan..
Lelaki dikemudiankan..
Ada kemudahan KWSP, SOCSO, PERKESO, BONUS, KENAIKAN GAJI..
Haha..


Bak kata kawanku,
yang mana ye ?? Dah lupa pula..
"mengalahkan PM !!"..
Haha..


Pagi tadi ada perjumpaan Pengakap..
Aktiviti EXPLORACE..
Aturcara dan susunan dibuat sepenuhnya oleh Pemerintah Planet DT..
Memang pening la nak buat benda ni..
Tapi dah biasa buat,, tak ada masalah la..
TERIMA KASIH ahli PENGAKAP yang datang pagi tadi !!
Love Scouts !!


Cawan Dunia dah nak habis..
Jerman lawan Uruguay untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4..
Belanda lawan Sepanyol bagi penentuan JUARA dan tempat ke-2..
Ramalan 'Paul The Octopus' dan burung kat Singapura tu boleh percaya ke ?
Atau mungkin sekadar kebetulan je ?
Entahlah..
Sama-sama kita nantikan keputusannya..


GO NETHERLANDS !!
GO THE ORANJE !!


Eh, macam dah lari tajuk je..
Huhu..


Prof Hj Dr KruLL 'Stekelenburg'
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Thursday, July 8, 2010

Hari Koperasi Terakhir Sebagai Pelajar SM

Assalamualaikum dan Salam 1Definisi Tinggi..
Nak cerita sikit la pasal Hari Koperasi yang dah lepas ni..


Hari Koperasi - Sabtu / 3 Julai 2010..
Semua sekolah kat Malaysia ni mesti ada Hari Koperasi kan..
Tahun ni, gerai dibuka mengikut kelas masing-masing..
Kelasku, menjual makanan dan minuman..
Antara makanan yang dapat sambutan hangat.........
LAKSA TERENGGANU !! (dibuat oleh emakku)..
Habis dalam masa sejam je..
Ramai juga yang kempunan nak makan terutamanya cikgu-cikgu..
Siapa suruh beli lambat..
Padan muka..
Hehe..
Sedap sangat la tu..


Makanan lain seperti Spaghetti Bolognaise, Salad Buah, Dadih Berlapis-lapis, dan lain-lain la..
Minuman pula, COCONUT SHAKE, float dan lain-lain..
Coconut Shake jarang dijumpai kat Lembah Klang ni..
Biasa ada kat Pantai Timur je..


Tapi, kupon ku yang bernilai RM8 tidak sempat dihabiskan..
Tak tau nak beli apa..
Akan ku simpai sebagai kenangan tahun terakhir di sekolah..
Secara keseluruhan,, untung memang banyakkkkk..


Tugasku sepanjang Hari Kantin ni ?
Menjadi seorang runner..
Berbekalkan sebuah motosikal berkuasa tinggi  sederhana,,
ada la dalam 5 kali kena beli barang..
Palin tak tahan,, kena beli ais yang plastik besar tu..
Bayangkan macam mana nak bawak..
Habis basah seluar.. 
Bawa motosikal pula, guna sebelah tangan je..
Lagi sebelah tangan, pegang plastik ais..
Huhu..


Pergi ke gerai kelas lain..
Buat hand painting..
*(patutnya face painting)*
Tapi kat tangan lebih afdal..
Sebab,, keadaan muka tak sesuai..
*(kata hati : eleh,, cakap je la jerawat !!)*
diam lu,, basuh lu guna clorox kang !!
Apa yang dipainting kat tangan ??
Bendera Belanda la..
Tengah musim Cawan Dunia kan sekarang ni..
Hoho..


Dah habis Hari Koperasi..
Apa lagi..
Balik la..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi