Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya 2010M / 1431 H


Assalamualaikum dan Salam 1DT..
Di kesempatan ini,,
Prof ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir dan Batin..
Bagi tahun 2010 Masihi / 1431 Hijrah..
Terutamanya kepada saudara mara, kawan - kawan, cikgu - cikgu..
Serta seluruh umat Islam..

Kepada yang mengenali MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA,,
sekiranya ada salah dan silap,,
mohon keampunan daripada hujung rambut hingga hujung kaki..
Tahniah diucapkan kepada mereka yang berpuasa penuh pada tahun ini (terutamanya lelaki ok)..

Kepada calon - calon SPM 2010,, raya, raya jugak..
Buku jangan tinggal..
Kepada calon yang akan menghadapi peperiksaan percubaan selepas buka sekolah nanti,,
harap bersabar..
Tiada raya untuk kita tahun ini..
Terutamanya calon negeri Selangor..
Ye la kan,, percubaan mula selepas buka sekolah sampailah minggu akhir raya..
Wuwu..

Anak Mak Tom main polis entri,
Menantunya si Farah tu pulak main buai,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir sahaja, batin tu, isyyy, tak sesuai.

Hehe..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Thursday, September 9, 2010

RAMADHAN 2

Assalamualaikum dan Salam 1DT..
Ni entri kedua mengenai pengalaman berpuasa pada tahun 2010/1431H..
Prof sedang beratas talian (online) kat kampung..
Senang la sikit..
Dulu kat kampung takde kemudahan semua ni..
Tapi,, zaman dah maju,, dunia dah berubah..
Jadi semua mampu memilikinya..
Cewah..
Huhu..

8 September 2010 / 29 Ramadhan 1431H..
Pukul 4.30 pagi..
Berlepas dari PD..
Menuju ke kampung di Marang, Terengganu..
Menaiki Wilayah Selatan China 6535..
Seorang kapten,, seorang pembantu kapten,, seorang penumpang..
Jalan raya kelihatan agak baik dan tidak sesak..
Singgah berehat di Kemaman (lama gila)..
Tiba di destinasi pada jam 2.50 petang..
Kelajuan maksimum 130km/j..

Agak kebosanan di kampung kerana tiada aktiviti boleh dibuat (rumah nenek)..
Berhijrah ke rumah mak cik pada lewat malam..
Destinasiku yang sebenarnya adalah di rumah makcik..
Macam - macam ada..
Taklah bosan sangat..
Huhu..

Tak tau nak cerita apa dah..
Saudara mara cakap Prof dah semakin kurus..
Yeah !!
Huhu..

Tengok tv,, ada seorang pak cik tua muncul..
Bersongkok,, berbaju melayu,, bersamping..
Duduk di atas kerusi..
Di sebelah kanan beliau,, ada meja..
Kat atas meja tu ada sejambak bunga hiasan..
Beliau lah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu..
Lalu mengisytiharkan bahawa,,
*ehem ehem (kesan bunyi betulkan tekak)..

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..
SETELAH DIPERKENANKAN OLEH DULI YANG MAHA MULIA RAJA - RAJA..
ADALAH DENGAN INI, SAYA MENGISYTIHARKAN..
BAHAWA TARIKH HARI RAYA PUASA BAGI NEGERI - NEGERI SELURUH MALAYSIA..
ADALAH DITETAPKAN PADA 10 HB SEPTEMBER 2010..
SEKIAN..
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

Jadi,, esok dah raya !!
Dan hari ini,, hari terkhir puasa !!
Ramadhan kan pergi,, Syawal pula kembali..
Tapi belum tentu dapat sambut Ramadhan akan datang..
Harap - harap dapatlah..
Tahun ni mood raya tak berapa nak ada..
Mood exam (percubaan SPM / SPM) mengambil tempat..
Aduhh..
Negeri - negeri lain ada yang dah selesai percubaan..
Ada yang akan bersambung selepas cuti raya..
Kat Selangor ni je yang mula paling lambat..
Nampak sangat nak halang kebebasan berhari raya..
Wuwu..

Bermula malam raya ni jugalah,,
Telefon bimbit akan dibanjiri dengan kiriman ucapan hari raya..
Sampailah tiba hari raya esok..
Adat lah tu..
Huhu..

*Baju Melayu yang ditempah dah siap..
Cantik juga !!
Yeah..

Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi
Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja Planet DT

Tuesday, September 7, 2010

Cerita Ramadhan 1

Assalamualaikum dan Salam 1DT..
Dah lama tak update planet ni..
Sibuk sangatlah..
OK..
Prof nak ceritakan peristiwa - peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan ni..


Cerita 1
GASTRIK DI BULAN PUASA !!


Gastrik ni menyerang prof masa minggu pertama dan kedua Ramdhan..
Kena serang pula tiba-tiba je..
Kalau kena serangan yang kuat,, perghhhh..
Sakit sampai tak boleh nak bangunlah..
Tahan je lah..
Dugaan di bulan puasa kan..
Huhu..


Cerita 2
DeDuksi DI BULAN PUASA


DeDuksi merujuk kepada MAJALAH SEKOLAH rasmin SMKDD1..
Bulan puasa ni, pihak sekolah dah bagi balik awal..
Hari Isnin - Khamis balik pukul 12.20 tengah hari..
Hari Jumaat balik pukul 12.30 tengah hari..
Bagi Prof dan AJK-AJK yang lain,,
terpaksa lah berkorban sikit..
Terpaksalah balik lambat dalam pukul 2.30 / 3.00 petang..
Nak menghasilkan majalah yang terbaik bukanlah mudah..
Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat..
'SEMUA' tu macam ramai je..
Tapi yang datang, sikit je..


Cerita 3
BAZAR RAMADHAN


Macam biasalah..
Setiap kali Ramadhan datang, mesti ada bazar Ramadhan ni..
Bazar Ramadhan kat rumah Prof,, dekat je..
Takde masalah kalau nak beli makanan ke,, minuman ke..
Tapi kebiasaannya, Prof beli air je..
Untuk minum waktu malam nanti selepas balik dari masjid untuk Solat Sunat Tarawih..
Kalau makanan pula,, Prof suka Ayam Percik..
Kalau tahun lepas,, harga Ayam Percik murah je..
Tapi tahun ni,, dah jadi mahal..
Harga ayam kan dah naik..
Jadi,, terpaksa jugalah mereka jual dengan harga yang mahal sikit..
Naik sikit je..
Takpelah..
Tapi isinya sikit je..
Emm..


Cerita 4
BERBUKA PUASA


Prof biasanya berbuka puasa dengan membaca doa terlebih dahulu..
Kemudian,, barulah meneguk air yang ditunggu-tunggu oleh tekak, tengkuk, kerongkong, trachea,, semua lah,, setelah berpuasa lebih kurang 14 jam..
Nikmat lah !!
Rasa macam masuk syurga je..
Hehe..
Kalau bab makanan,, Prof makan sikit je..
Minum air je yang banyak..
Huhu..


Cerita 5
SOLAT SUNAT TARAWIH


Prof biasanya pergi ke masjid untuk solat tarawih..
Dah ada motor sendiri, senang la sikit kan..
Surau pun ada,, tapi Prof lagi suka pergi ke masjid..
Prof biasa buat 8 rakaat sahaja + 3 rakaat untuk solat sunat witir..
Pada awal Ramadhan,, agak penuhlah masjid tu..
Tapi bila dah lama-lama,,
makin berkurang dah..
Mungkin penat sangat la kot kan ??
Emm..


Cerita 6
SHOPPING RAYA


Perkara ni mesti menjadi kewajipan lah bagi Prof..
Anak tunggal, mesti boleh beli banyak barang kan..
Hehe..
Kalau baju Melayu,, biasanya tempah khas la..
Warna hijau untuk tahun ni..
Dan ada lagi la baju Polo-T, seluar jeans, kasut dan lain-lain..
Destinasi One Utama menjadi pilihan untuk bershopping tahun ni..


Cerita 7
BERAT BADAN TURUN LAGI !!


Inilah benda yang paling Prof suka..
Prof berpuasa ni,, bukanlah berniat untuk menurunkan berat badan sebenarnya..
Tapi dah nak turun,, Alhamdulillah !!
Sebelum naik kat atas mesin penimbang tu,,
risau juga lah kalau-kalau berat badan naik..
Tetapi sebaliknya berlaku..
TURUN !!
Tak sia-sia buang duit 20 sen kat mesin tu..
TURUN 4.1 kg..
OK la tu kan..
Haha..


Cerita 8
ALLERGY MISTERI


Ni cerita misteri sikit..
Masa puasa yang ke 24, 25 dan 26,,
badan Prof tiba-tiba je gatal-gatal..
Nak kata ada allergy kat makanan or sesuatu,, takdelah pula..
Tapi biasanya kena mula pukul 6 petang ke atas sampailah malam..
Penat nak buat senaman garu-garu ni..
Haha..
Terpaksa la kena inject,, DUA (2) kali dalam masa 3 hari..
Kat bumper pula tu..
Sabar je la..
Huhu..


Cerita 9
KAD RAYA


Pasal kad raya ni,,
Prof nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi bagi kad raya..
Terima kasih kat Ammar sebab sanggup kirim kad raya dari Kajang..
Terima kasih juga kat Atikah (junior) yang juga bagi kad raya..
Biasa ucap hari raya guna SMS atau Internet je kan..
Tapi,, ucap guna kad raya juga yang seronok..
Boleh simpan buat kenangan..
Huhu..


Emm..
Tu je la kot cerita menarik yang ada sepanjang hampir sebulan berpuasa ni..
Alhamdulillah,, Prof belum lagi tinggal puasa..
Walaupun banyak cabaran,, Prof berpuasa je..
Mungkin ada lagi di luar sana yang menghadapi dugaan yang lagi teruk kan ??
Sabar je la ye..
Sampai sini je lah warkah bicara Prof untuk kali ini..
InsyaAllah,, kita jumpa lagi..


Jumaat ni dah nak raya..
Kejap je sebulan kan..
Huhu..


Entri ni agak panjang..
Terima kasih kepada yang sudi membaca..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi