Thursday, September 9, 2010

RAMADHAN 2

Assalamualaikum dan Salam 1DT..
Ni entri kedua mengenai pengalaman berpuasa pada tahun 2010/1431H..
Prof sedang beratas talian (online) kat kampung..
Senang la sikit..
Dulu kat kampung takde kemudahan semua ni..
Tapi,, zaman dah maju,, dunia dah berubah..
Jadi semua mampu memilikinya..
Cewah..
Huhu..

8 September 2010 / 29 Ramadhan 1431H..
Pukul 4.30 pagi..
Berlepas dari PD..
Menuju ke kampung di Marang, Terengganu..
Menaiki Wilayah Selatan China 6535..
Seorang kapten,, seorang pembantu kapten,, seorang penumpang..
Jalan raya kelihatan agak baik dan tidak sesak..
Singgah berehat di Kemaman (lama gila)..
Tiba di destinasi pada jam 2.50 petang..
Kelajuan maksimum 130km/j..

Agak kebosanan di kampung kerana tiada aktiviti boleh dibuat (rumah nenek)..
Berhijrah ke rumah mak cik pada lewat malam..
Destinasiku yang sebenarnya adalah di rumah makcik..
Macam - macam ada..
Taklah bosan sangat..
Huhu..

Tak tau nak cerita apa dah..
Saudara mara cakap Prof dah semakin kurus..
Yeah !!
Huhu..

Tengok tv,, ada seorang pak cik tua muncul..
Bersongkok,, berbaju melayu,, bersamping..
Duduk di atas kerusi..
Di sebelah kanan beliau,, ada meja..
Kat atas meja tu ada sejambak bunga hiasan..
Beliau lah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu..
Lalu mengisytiharkan bahawa,,
*ehem ehem (kesan bunyi betulkan tekak)..

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..
SETELAH DIPERKENANKAN OLEH DULI YANG MAHA MULIA RAJA - RAJA..
ADALAH DENGAN INI, SAYA MENGISYTIHARKAN..
BAHAWA TARIKH HARI RAYA PUASA BAGI NEGERI - NEGERI SELURUH MALAYSIA..
ADALAH DITETAPKAN PADA 10 HB SEPTEMBER 2010..
SEKIAN..
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

Jadi,, esok dah raya !!
Dan hari ini,, hari terkhir puasa !!
Ramadhan kan pergi,, Syawal pula kembali..
Tapi belum tentu dapat sambut Ramadhan akan datang..
Harap - harap dapatlah..
Tahun ni mood raya tak berapa nak ada..
Mood exam (percubaan SPM / SPM) mengambil tempat..
Aduhh..
Negeri - negeri lain ada yang dah selesai percubaan..
Ada yang akan bersambung selepas cuti raya..
Kat Selangor ni je yang mula paling lambat..
Nampak sangat nak halang kebebasan berhari raya..
Wuwu..

Bermula malam raya ni jugalah,,
Telefon bimbit akan dibanjiri dengan kiriman ucapan hari raya..
Sampailah tiba hari raya esok..
Adat lah tu..
Huhu..

*Baju Melayu yang ditempah dah siap..
Cantik juga !!
Yeah..

Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi
Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja Planet DT

0 comments: