Saturday, November 28, 2009

Dah Dapat Lesen Motosikal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua yang sudi melapangkan masa di Planet ini. Sebelum terlambat, Prof ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H / 2009M buat warga Islam di Malaysia. OK !! Berbalik semula kepada topik yang ingin dikongsi bersama kalian. Pada 24 November 2009 yang lepas, Prof telah berjaya memiliki sekeping kad nipis iaitu Lesen L (Lesen Belajar Memandu Malaysia) untuk motosikal kelas B2. Alhamdulillah. Tak perlulah Prof melanggar undang - undang jalan raya lagi iaitu dengan menunggang motosikal tanpa lesen . Huhuhuhu. Prof akan ceritakan serba sedikit mengenai proses untuk mendapatkan lesen ni.

  • Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) (14 November 2009)
Inilah adalah kursus pertama yang perlu dihadapi oleh semua calon yang ingin mendapatkan lesen memandu dalam apa jua kelas. Ingat kat sekolah & universiti je yang ada kurikulum ? Nak ambil lesen pun ada kurikulum taw !! Kursus KPP ni mengambil masa selama 5 jam. Betapa bosannya mendengar ceramah yang disampaikan oleh cikgu -cikgu. Rasa macam nak tidur je. Dewan ceramah pun sejuk je. Memang sesuai sangat kalau nak melenakan mata. Haha. Antara intipati ceramah ini ialah mengenai undang - undang jalan raya, keselamatan pemandu dan sebagainya.

  • Ujian Bahagian 1 Berkomputer JPJ (17 November 2009)
Baru je nak rehat selepas terpaksa mengharungi final exam selama 3 minggu. Ada lagi exam yang kena buat. Tapi takpe. Semangat berkobar - kobar tu ada lagi. Hehe. Ujian ni merupakan peringkat seterusnya selepas mengahadiri kursus KPP. Prof mengambil ujian ini di MYeg Danau Kota. Ini merupakan halangan penting yang perlu dihadapi sebelum ke peringkat seterusnya. Kalau tak lulus ujian ni. Terpaksa la ulang sampai lulus. Kalau tak, sampai bila lesen nak keluar. Ujian ni merangkumi ujian penglihatan, rabun warna dan undang - undang. Ujian ini mengandungi 50 soalan berkaitan undang - undang. Markah lulus ialah 42/50. Rasa takut gak nak jawab soalan ni sebab banyak yang mengelirukan !! Masa yang diberi adalah selama 50 minit. Prof jawab dalam masa 30 minit dan berjaya lulus dengan cemerlang dengan markah 47/50. YahOoOoOo !!!!
Keputusan ujian berkomputer
  • Kursus Pra-L (21 November 2009)
Ini merupakan kursus terakhir sebelum lesen L dikeluarkan. Kursus ini juga merupakan sesi ceramah terakhir. Jadi lepas ni dah takde ceramah. Huhu. Kursus ni selama 6 jam !! Perghh.. Sabar je la. Tapi tak sampai 6 jam rasanya. Tunggu cikgu masuk dewan 1 jam. Rehat 2 jam. Ceramah 2 jam. Main motor 2 jam. Haha. Melalui kursus ini, aspek yang disampaikan oleh cikgu ialah mengenai motosikal dan litar latihan memandu di tempat berkenaan. Dah habis ceramah, calon dibenarkan untuk 'merempit' di litar sambil diawasi oleh cikgu. Hehe. Bukan merempit yer. Tu nama popular je. Haha. Pelajar perlu membiasakan diri dengan keadaan di litar sebelum menghadiri sesi latihan selama 8 jam. Sesi 8 jam ni perlu diikuti oleh semua calon sebagai persediaan sebelum diuji oleh pegawai JPJ. *Tak cukup 8 jam pun takpe. 2 jam pun dah OK. Prof perlu memegang lesen L sekurang - kurangnya selama sebulan sebelum dapat diuji oleh pegawai JPJ dan lesen P dikeluarkan. Sekian.


Saturday, November 14, 2009

Tawaran Ke SMK Damansara Utama (SMKDU)

Pada bulan puasa 1430H/2009M yang lepas, Prof dapat tawaran untuk menyambung pengajian kat SMK Damansara Utama (SMKDU). Semua ni terjadi atas beberapa sebab dan faktor. Tak perlulah rasanya nak diceritakan kat sini. Perkara ni dah cukup untuk memeningkan otak Prof. Kena torture habis-habis pasal tawaran ni. Sampai kena jumpa Kaunselor tu !! Perghh.. Tapi ramai yang tak bagi Prof pergi ke SMKDU tu. Tapi bak kata PK Akademik, "YANG NAK PINDAH KO, BUKAN DIORANG".. Haha.. Lawak pulak rasa bila ingat balik masa tu. Untuk pengetahuan, SMKDU merupakan SEKOLAH KLUSTER iaitu sekolah pilihan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang cemerlang dalam UPSR, PMR sahaja yang boleh masuk sini. Ciri-ciri sekolah kluster tak banyak beza dengan SBP. Kira sekolah kluster ni lebih kurang sama la dgn SBP. Kalau Prof jadi la pindah kan, mungkin tahun depan kot. Tu pun kalau jadi la. Tapi mak dah menghalau suruh pergi (menyesal bagitau dia.. hehe..). Baru-baru ni pulak, dah kena warning dengan seorang pentadbir supaya jangan pindah. Jadi, kiranya Prof ni orang penting la kat SMKDD1. Haha. Bangganya. Kalau jadi pergi, Prof akan kehilangan banyak jawatan penting tapi jawatan Pengawas masih kekal kat SMKDU. Prof juga mungkin akan terlepas untuk menyertai banyak pertandingan yang terlampau disukai seperti FORUM REMAJA, PIDATO, BAHAS, KAUNSELING KERJAYA. Apa yang Prof tak sanggup untuk tinggalkan ialah, bukana saja kawan-kawan dan cikgu-cikgu, tetapi DEDUKSI iaitu majalah sekolah yang Prof dah buat sepanjang tahun, jawatan Ketua Editor pulak tu. Hehe. Cukup la sampai sini dulu. Adakah Prof akan berpindah ? Nantikan keputusannya tahun depan.

Cara Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 2009Bagi Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Cara pengiraan merit kemasukan pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian
Lepasan SPM atau setaraf adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum yang
diselaraskan dengan sistem penggredan baru keputusan SPM oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.

Mulai 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan melaksanakan sistem
penggredan baru bagi Sijil Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut mewujudkan
peringkat kelulusan A+.

Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit
terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada. Pengiraan merit
adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah.

Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran,
penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.


Penentuan Aliran

Kaedah penentuan aliran bagi semua calon ialah dengan mengguna pakai 4
daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :

*Aliran Sains*

* Matematik
* Matematik Tambahan
* Fizik
* Kimia
* Biologi atau Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka
Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi
Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sains
Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan

*Aliran Sastera*

* Bahasa Malaysia
* Matematik
* Sains
* Sejarah
* Pengajian Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan
Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

Pengiraan Merit

1. Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%)
dan Markah Kokurikulum (10%).
2. Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata
pelajaran
3. Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
* 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
* 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

1. 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
1. Matematik
2. Matematik Tambahan
3. Fizik
4. Kimia
5. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik
& Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta
/ Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains
Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan
/ Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi
Asas / Pengetahuan Sains Sukan
2. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

*Contoh Pengiraan*

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9
mata pelajaran;

1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pendidikan Islam A+
4. Sejarah A+
5. Matematik A+
6. Matematik Tambahan A
7. Fizik A-
8. Kimia A
9. Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)

1. Matematik A+ = 18
2. Matematik Tambahan A = 16
3. Fizik A- = 14
4. Kimia A = 16
5. Biologi A- = 14
JUMLAH 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang
diambil (Aliran Sains)

1. Bahasa Melayu A+ = 18
2. Bahasa Inggeris A+ = 18
3. Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH 54

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama
Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

*Jumlah Markah Akademik *
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
= *81*

Pengiraan Merit Aliran Sastera

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :

1. 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :-
1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sains
4. Sejarah
5. Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah /
Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;
2. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

*Contoh Pengiraan*

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sastera yang mengambil 9
mata pelajaran;

1. Bahasa Melayu A+
2. Bahasa Inggeris A+
3. Pengetahuan Moral B+
4. Sejarah C+
5. Matematik B
6. Sains B
7. Perdagangan C+
8. Ekonomi Asas C
9. Ekonomi Rumah Tangga A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera)

1. Bahasa Melayu A+ = 18
2. Matematik B = 10
3. Sains B = 10
4. Sejarah C+ = 8
5. Pengetahuan Moral B+ = 12
JUMLAH 58

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang
diambil (Aliran Sastera)

1. Bahasa Inggeris A+ = 18
2. Ekonomi Rumah Tangga A = 16
3. Sejarah C+ = 8
JUMLAH 42

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama
Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3

*Jumlah Markah Akademik*
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90
= (58 + 23.3)/120 x 90
= *60.9*

Penyediaan Susunan Merit (Ranking)

1. Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik
(90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
1. Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
2. Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
3. Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
4. Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang
diperoleh pemohon akan diambil kira ;
2. Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah
merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
3. Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk
penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).