Sunday, September 13, 2009

Pertandingan Media Maklumat Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Petaling Utama 2009 (08 April 2009)

Pada 08 April 2009 (Selasa) yang lepas, Prof bersama 3 lagi orang rakan telah mewakili sekolah bagi menyertai Pertandingan Media Maklumat Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Petaling Utama 2009. Pertandingan telah berlangsung di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti MBPJ. Ini merupakan pertandingan yang ke-4 bagi Prof sepanjang tahun 2009 setakat 08 April 2009. Pasukan SMKDD1 terdiri daripada Prof (ketua pasukan), Elia Syameen, Angela & Sulastri. Semuanya terdiri daripada kelas yang sama. Kerjaya yang dipilih adalah mengenai Teknologi Mudah Alih / Mobile Technology.

Info mengenai pertandingan.
  • Pasukan perlu menerangkan maklumat mengenai skop pekerjaan yang dipilih secara terperinci.
  • Bahan yang perlu dipamerkan di booth adalah seperti model kerjaya (perlu berfungsi), poster, buku kecil, bunting dan pengenalan diri bagi setiap ahli pasukan.
  • Setiap booth akan dikunjungi oleh 3 orang juri dan pasukan diberi masa selama 10 minit bagi menerangkan maklumat dan menjawab pertanyaan para juri.
  • Bahan yang dipamerkan hendaklah terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula. Penggunaan bahan kitar semula akan mendapat markah bonus.
  • Cara penyampaian maklumat adalah dalam bentuk presentation.
Sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini :
  • SMK Damansara Damai 1.
  • SMK Seri Permata.
  • SMK (P) Sri Aman.
  • SMK (P) Taman Petaling.
Keputusan Pertandingan :
  • Johan : SMK (P) Taman Petaling.
  • Naib Johan : SMK (P) Sri Aman.
  • Ketiga : SMK Damansara Damai 1.
Ini merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan kerana ini adalah pertama kali SMKDD1 menyertai pertandingan sebegini dan merupakan kejayaan pertama Unit Bimbingan & Kaunseling sejak SMKDD1 ditubuhkan pada tahun 2003. Hasil usaha keras kami berempat tidak sia-sia walaupun menghadapi pelbagai masalah bagi membuat persediaan sebelum hari pertandingan. Terima kasih kepada Pn. Norhasliyana di atas bimbingan beliau. Terima kasih juga buat rakan seperjuangan yang telah banyak berusaha bagi menggapai kejayaan julung kali ini !!!! InsyaAllah tahun depan kita serta lagi !!!! Tahniah buat pasukan terutamanya Prof. Haha. Info mengenai Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Petaling Utama boleh ditatapi menerusi akhbar Sinar Harian keluaran 09 April 2009. Sekian.