Thursday, June 10, 2010

Kipas Kipas Kipas

Assalamualaikum..
Pukul 8.30 pagi tadi,, Puan Rosmawati telefon dari Planet DR,, ikuti perbualan di bawah :


Pn. Rosma : Hello,, Fakhrul ke ??
Prof : Ya saya..
Pn. Rosma : Fakhrul, kipas bilik DeDuksi tak tutup, suruh la sesiapa yang ada kat sana tutupkan,, nanti Sidang Redaksi kena marah kan..
Prof : Takpe cikgu, saya tengah otw  dalam perjalanan ke sana ni..
Pn. Rosma : Ok, ok,, cepat taw..
Prof : Ok, terima kasih cikgu..

Pn. Rosmawati merupakan guru bagi Bahagian Penajaan di DeDuksi..
Haha, macam mana la boleh lupa tutup suis kipas..
Ni gara-gara khusyuk main permainan HANG A MAN yang dianjurkan oleh Penolong Ketua Editor, semalam..
Haha..
Nak tutup suis kipas ni pula, bukannya susah sebab :
  1. Kunci ada kat Bilik GKMP (bersebelahan Bilik DeDuksi)..
  2. Bilik GKMP berkunci dan tiada guru yang bertugas pada hari ini, jadi kunci tidak boleh diambil..
Jalan Penyelesaian :
  1. Cuba telefon Penolong Ketua Editor, mana la tau kot-kot dia ada idea maha bernas, tapi dia pun tengah mamai, baru bangun tidur kot.. Haha..
  2. Sampai je kat sekolah, ambil spanar kat motor (bertujuan nak pecah masuk).. Hehe.. Tapi gagal..
  3. Pergi kat Pusat Sumber, ambil kayu panjang, bukak tingkap Bilik DeDuksi & cuba tutup suis kipas sambil menerima arahan daripada Elia (Bendahari) yang berada di arah Barat.. Prof di arah Timur.. Haha..
  4. Akhirnya,, suis berjaya ditutup. Alhamdulillah..
  5. Kesimpulannya, jangan main permainan HANG A MAN.. Hehe..
Tersangat lah lega setelah berjaya tutup suis kipas tu..
Nasib baiklah tak ramai yang perasan..
Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang ada exam hari ini,, kalau cikgu semua takde exam,, sudah tentu akan perasan bahawa kipas tu tidak terlupa ditutup..
Haha..

Eh, hari ni ada temu janji dengan doktor kat Klinik Hepatologi Hospital Selayang..
Tapi tak pergi pun, dah sihat waalfiat kot !!
Alhamdulillah..
Haha..

Kurang 24 jam dari entri ini ditulis,, akan bermulalah secara rasminya Cawan Dunia 2010..
Dan akan bermulalah fenomena mengantuk kat sekolah selama sebulan..
*(gara-gara tengok perlawanan bola awal pagi)*
Haha..

Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet DT