Thursday, June 17, 2010

Bola Bola Bola

Assalamualaikum dan Salam 1DT..
Sekarang tengah rancak dengan Cawan Dunia 2010 kat Afrika Selatan..
Pasukan mana yang anda minat dan terutamanya perempuan ??
Ada beberapa dialog yang sempat dimuat turun ke dalam otak antara Prof dengan penyokong dari kalangan perempuan..


Dialog 1
Prof : Wei, kau sokong pasukan mana ?
Penyokong 1 : Mestilah Korea Selatan !!
Prof : Kenapa ?
Penyokong 1 : Sebab dorang ensem-ensem !!


*Kesimpulan : Kalau mereka tengok perlawanan pasukan Korea, mesti tersenyum je kat depan TV.. Lagi-lagi kalau ada Astro B.yond, FULL HD, semua nampak JELAS woo !! Situasi sama juga berlaku kepada perempuan-perempuan yang sokong pasukan Jerman, Sepanyol dan lain-lain.. Nak yang kacak je.. Kadang-kadang, main taklah bagus mana pun.. Huhu..


Dialog 2
Prof : Hang sokong pasukan mana ?
Penyokong 2 : Korea, Korea, Korea, Korea !!
Prof : Korea Selatan atau Korea Utara ?
Penyokong 2 : Korea Selatan la,, Korea Utara nak buat apa..
Prof : Kenapa sokong Korea Selatan ?
Penyokong 2 : Sebab ada SUPER JUNIOR !! Dorang ensem, cute weh !! *bercakap sambil guling-guling atas lantai*


*Kesimpulan : Super Junior tu kan artis, apa kena mengena dia dengan pasukan Korea Selatan ?? Setakat menyokong tu,, ada la kot ? Super Junior ni ada main ke untuk Korea Selatan ? Haha.. Lawak la.. Nak tergelak je rasa.. Kot-kot, Super Junior ni sepak bola pun tak pernah, sepak microfon tu pernah la kot.. Penyanyi la kan !! Hehe..


Bagi Prof, Prof menyokong pasukan BELANDA / NETHERLANDS.. The Oranje !! Mereka semua main bagus sangat !! Haha..
Harap, pasukan Malaysia pun akan berjaya ke pusingan akhir Cawan Dunia satu hari nanti.. InsyaAllah.. Tapi, Subkhidin Hj. Salleh tu pengadil kat sana kan.. Malaysia juga tu.. Jadi,, kira Malaysia dah layak la ni.. Huhu..


Amanat kepada pasukan Malaysia,, "kalau pengadil kita boleh, kenapa tidak anda ?"
Majulah sukan untuk negara..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi