Thursday, June 3, 2010

Assalamualaikum !!

Assalamualaikum para tetamu yang sudi mangunjungi Planet Definisi Tinggi (Planet DT) yang berdefinisi tinggi ini !!
Sebelum ini, Planet ini merupakan berdefinisi rendah tetapi dengan bantuan pihak kerajaan Planet DT,,
**(maksudnya,, planet ni dah lama bersawang)**
Tetapi kini,,
Semua yang ada di sini adalah bedefinisi tinggi !!
Setanding dengan televisyen, projector FULL HD !!
Sesegar graduan universiti yang baru 2 minit menerima ijazah mereka..
Rasakan kelainan di planet ini sehebat Asstrue B.yong !!
**(kepada ASTRO,, jangan saman,, ASSTRUE adalah syarikat televisyen swasta berbayar di Planet DT..)**
Tiada sebarang syarat yang dikenakan..
Tiada sebarang bayaran dikenakan melainkan caj internet yang dikenakan pada setiap bulan..
**(kalau kat CC tu,, caj per jam la kan ??)**
Tiada kabel HDMI diperlukan untuk melawat planet ini..
Tiada 'smart card' yang diperlukan..
Tetapi apa yang diperlukan ??
Hanya sekadar sebuah komputer berinternet yang papan kekuncinya masih elok..
Semudah tengok TV Plasma je kan ?
Anda boleh melawat Planet DT dalam pelbagai cara, keadaan termasuklah dalam keadaan badan anda tiada seurat benang pun..
**(tutup tingkap, langsir,, nanti ada orang skodeng)**


Sekian..


Prof Hj Dr KruLL
Perdana Menteri Planet DT