Tuesday, June 8, 2010

Membeli Belah Sakan !!

Assalamualaikum dan Salam 1DT buat semua..
Hari ini hari yang memenatkan..
Seawal pagi Prof telah ke Planet DR di Sg.Buloh untuk mencari kain sebagai alas pada papan kenyataan Bilik DeDuksi..
Dengan kelajuan motosikal yang mencecah 125km/j, akhirnya Prof berjaya sampai ke destinasi yang dituju..
Yeah !!
Tanpa membuang masa,, Prof terus mencari kain yang dikehendaki..
Ada 3 pilihan,, tetapi agak keliru nak pilih yang mana satu..
Lantas, Prof terus menghubungi Penolong Ketua Editor (Nazeeha) untuk meminta pandangan beliau..
Tetapi panggilan tidak dijawab kerana mungkin masih tidur ??
Gagal dengan panggilan pertama, Prof cuba pula menghubungi Ketua Jurutaip (Athirah) untuk meminta pandangan beliau..
Nasib masih lagi sama seperti panggilan pertama apabila panggilan kedua juga turut tidak dijawab kerana sudah tentu TIDUR !!
Musim cuti sekolah la kan..
Hoho..
Tidak berputus asa, Prof terus menghubungi Perdana Menteri di Planet DT,,
**(Perdana Menteri = hati)**
Akhirnya, keputusan berjaya dimeterai bersama..
Kain berwarna biru menjadi pilihan..
Selepas berjaya membeli kain, Prof terus ke Bilik DeDuksi bagi menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan..
Barang seterusnya yang dibeli ialah, peralatan bagi memastikan tiada ruang putih di papan kenyataan..
**(benda nak lekatkan kain tu kat papan kenyataan la)**
Seterusnya,, barang yang dibeli ialah peralatan bagi memastikan tiada serpihan cacat pada bahagian papan kenyataan..
**(kertas warna untuk dibuat border)**
Tak cukup lagi,, makanan dan minuman juga dibeli bagi memuaskan perut terutamanya perut Nazeeha yang mengeluh
Haha..
Air minuman Zeeha pula tiba-tiba terpancut dan menyebabkan lantai Bilik DeDuksi sedikit melekit..
Pelik sungguh.. Haha..
Zeeha berjaya mendapat gelaran BIBIK apabila melakukan kerja-kerja yang pelbagai sambil diperhatikan dari belakang oleh Prof dan Atihirah..
Syabas Zeeha !!
Hehe,, jangan marah..
Kerja yang bermula pada jam 11.00 pagi,, akhirnya tamat jua pada jam 3.30 petang..
Banyak juga wang yang digunakan untuk hari ini, tapi tidak mengapa, Prof akan claim kepada yang bertanggungjawab..
Yeah !!
Esok masih ada lagi kerja yang menanti dan perlu disiapkan..
Terima kasih kepada Zeeha dan Athirah yang banyak membantu pada hari ini..
Sampai sini dahulu, jumpa lagi..
Eh,, Cawan Dunia (World Cup) dah nak mula kan ??
3 hari je lagi..
Apakah pasukan pilihan anda ??
Selamat bersengkang mata kepada kaki bola di luar sana..


Pemerintah Planet Definisi Tinggi
Prof Hj Dr KruLL