Sunday, August 1, 2010

Minyak.. Petrol.. Ron 95..

Assalamualaikum & Salam 1DT..
Kita terus kepada entri kali ni la ya..


Pagi tadi,, pergi SHELL untuk bagi sayangku makan..
Sayangku makan seminggu sekali je..
Sayangku merujuk kepada motosikal berkuasa tinggi Prof..
Huhu..
Biasa isi RM 5 dah penuh..
Tapi bila minyak naik harga hari tu,,
RM 5 pun dah tak penuh..
Kuat juga kesan kenaikan 5 sen ni..


Untuk membuat kajian tentang kos harga minyak untuk seminggu..
Prof telah mengisi sepenuh mungkin Petrol RON 95 SHELL ke dalam tangki minyak..
1.50 2.00 3.45 3.96 4.97 5.45 6.32 7.00 7.27..
Tu jumlah harga minyak yang keluar kat skrin Pam Nombor 2..
RM 7.27,, jumlah isi minyak tangki penuh..
Tapi dapat diskaun 2 sen sebab penggenapan..
Jadi,, RM 7.25 lah..
Banyak melayang duit isi minyak..
*(kata hati : eleh,, bukan duit hang pun.. Duit yang sedara mara lu kasi tadi kan ?)*
Shadap lu kata hati,, jangan sampai wa sebarkan kat semua orang yang lu minat gila kat budak tu !!
*(kata hati : ye la ye la.. =,=)


Tapi,, ni rekod kedua tertinggi kos isi minyak penuh..
Sebelum ni,, RM 7.XX..
Tak ingat berapa kosnya..
Baru la Prof faham kenapa orang bengang sangat kalau minyak naik harga..
Kini,, Prof juga berada dalam golongan orang-orang yang bengang itu..
Hehe..


Mungkin ada sebab kenapa kerajaan naikkan harga minyak..
Lagi pun,, kerajaan tanggung banyak subsidi kan..
Takpe takpe..
Tampung la dengan cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia..
Nak makan KFC pun ada cukai..
Kita takde hak nak hapuskan cukai..
Bimbang nanti kena ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)..
Huhu..


Kesimpulannya,, goreng la ayam sendiri kat rumah..
Kesimpulannya,, pergi la korek minyak sendiri..


*Kepada SHELL dan KFC,, saya sudah mempromosikan produk anda.. Bagilah royalti sikit.. Hehe..


Eh,, ada orang kutuk tentang penggunaan SALAM 1DT kat blog orang lain..
Mari sama-sama kita hack alamat IP dia,, hack Facebook dia,, hack semua benda pasal dia kat alam maya ni..
Tak pun,, bala tentera Planet Definisi tinggi sudah bersedia untuk melancarkan serangan ke atas beliau..
Haha.. 


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi
Menteri Petroleum Planet Definisi Tinggi
Menteri Minyak Minyak Planet DT
Presiden Kesatuan Minyak Dagu (COA) Planet DT 

Saturday, July 24, 2010

Nama Kenalan Di Telefon

Assalamualaikum & Salam 1DT..
Mengenai entri kali ini,
Prof nak berkongsi sikit la pasal senarai nama kenalan kat dalam handphone..
Kalau korang, korang simpan guna nama apa ??


Kalau bagi Prof,,
Prof akan simpan berdasarkan kategori tertentu..
Contoh : T5A_A Robben..
T5A ~ (T)=tingkatan,, 
(5)=tingkatan semasa,,
(A)=kelas semasa,,
( _ )=untuk jarakkan,, 
A Robben (nama kenalan)


Kalau nama kenalan tu bernama Arjen Robben,
Prof akan meringkaskan ARJEN kepada A,
dan Robben,, tiada ringkasan..


Ada banyak lagi kod yang digunakan seperti :


  • T1_   (untuk tingkatan 1)
  • T2_   (untuk tingkatan 2)
  • T3_   (untuk tingkatan 3)
  • T4_   (untuk tingkatan 4)
  • T5_   (untuk tingkatan 5)
  • T9_   (untuk senior yang dah habis sekolah)
  • TRG_(saudara mara kat Terengganu) 
  • KTN_(saudara mara kat Kelantan)
  • D6_   (untuk kawan lama masa sekolah rendah)
  • Cikgu_(untuk cikgu)
Kalau kenalan yang penting, Prof akan meletakkan huruf 'A' di hadapan nama seperti A Abah..
Senang kalau nak cari kan,, buka je senarai kenalan,, terus jumpa..
Prof saja buat macam ni sebab,, senang nak cari kenalan kalau nak telefon atau SMS..
Kalau tak buat macam ni,, kadang-kadang boleh lupa kita simpan sesuatu kenalan tu guna nama apa..
Terkial-kial nak cari..

Kalau anda,, mesti ada kod tersendiri kan..
Atau pun,, gelaran untuk kawan anda..
Kalau ada,, boleh kongsi kat sini ??
Silakanlah..

Bye..
Ada perjumpaan Pengakap lepas ni..
Nak bersiap dulu..


Prof Hj Dr. KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi
Menteri Komunikasi & Multimedia Planet Definisi Tinggi

Sunday, July 18, 2010

Saya Menang !!

Assalamualaikum & Salam 1 Definisi Tinggi..
Apa maksud "Saya Menang" tu ??
Sebenarnya, Prof baru je menang Pertandingan Karya Seni Kreatif PNB 1Malaysia 2009..
Bagi kategori Fotografi menengah atas..


Tiba-tiba je dapat panggilan daripada staf PNB..
Pada hari Rabu / 14 Julai 2010..
Ingatkan tak menang..
Ingatkan tak wujud dah pertandingan ni..
Apa-apa pun..
ALHAMDULILLAH..
PNB = Permodalan Nasional Berhad..


Dapat RM100 dalam bentuk unit Amanah Saham Gemilang..
Dapat sijil juga..
Bertambah lagilah koleksi sijil..
Tahniah untuk diriku..
Huhu
*(kata hati : Tahniah Boss !!)*
Terima kasih hatiku,, rasanya,, ini kali pertama hati memuji tuannya..
Ada sebab la puji tu kan ?
*(kata hati : hehe,, no komen !!)*
Dah agak dah..


Tak tau la bila nak dapat hadiah ni..
Lagi cepat, lagi bagus !!
Ada permintaan nak dibelanja ??
Cubalah memohon..
Manalah tau,, permohonan anda diluluskan..
*(kata hati : wa nak mohon dulu !!)*
Iyalah hatiku,, mohonlah !!


Apa pun,, terima kasih kat cikgu yang suruh Prof sertai pertandingan ni..
Majulah PNB untuk negara !!
Haha..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

PLKN Oh PLKN..

Assalamualaikum & Salam 1DT..
Sebelum tu,, ikuti satu berita gembira yang diterima pada Khamis, 15 Julai 2010..


"Maaf ! 93100411XXXX anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN
Siri 8/2011. Terima kasih.."

Itulah berita yang paling menggembirakan pada minggu ini..
Tapi ada beberapa lagi panggilan untuk PLKN ni..
Semoga tidak terpilih..
Sepatutnya,, perkataan "MAAF" tu,, ditukarkan kepada perkataan "TAHNIAH"..
Kan kan kan ??
Haha..

Laman web rasmi untuk semakan ke PLKN sentiasa sesak sehingga tidak dapat diakses..
Begitu juga dengan khidmat SMS,, turut sesak..
Ada yang terpaksa menunggu sehingga berjam-jam sebelum mendapat balasan daripada pihak PLKN..
Nasib baiklah semakan PLKN terbuka kepada pelajar yang lahir pasa tahun 1993 sahaja..
Kalau terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,,
boleh meletup sistem mereka (PLKN)..
Haha..

Berita paling panda  panas untuk minggu ni,, 
berita pasal PLKN ni lah..

Bagi rakan-rakanku yang terpilih menyertai PLKN,,
mereka dirai seperti memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM..

"Thivya : Visnu, you got it, PLKN !!"
"5 A's : WhOOooaaO0o0ooaaaaaa"

Itulah yang terjadi di dalam kelasku..
Memang seronok sakanlah !!
Haha..
Ada yang menangis kesedihan sebab dapat menyertai PLKN..
Ada yang gembira sebab dapat menyertai PLKN..
Apa pun reaksi anda,, nikmatilah PLKN anda !!
Huhu..

Prof tak dapat menyertai PLKN..
Anda yang membaca entri ni dapat tak ??
Kongsi la bersama Prof di sini..

"Kami wira wirawati negara..
Kini masa untuk negara.."

Ada sesiapa boleh sambung lirik lagu PLKN ni tak ?
Tak ingatlah..
Kalau salah, silalah betulkan..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi

Friday, July 16, 2010

MMU Oh MMU !!

Assalamualaikum & Salam 1DT..
MMU Oh MMU !!
Apa kena dengan tajuk entri ni ??
Sebenarnya, hari Selasa (13 Julai 2010) hari itu,
Prof telah berpeluang untuk menyertai lawatan ke Hari Informasi Kerjaya,
kat Kompleks Sukan Petaling Jaya..


Kat sana ada banyak booth yang melibatkan IPTA & IPTS..
Sebaik Prof melangkah masuk ke pntu masuk dewan tersebut,,
Prof ternampak booth Multimedia University (MMU),,
lantas kakiku bergerak laju tanpa henti,,
tetapi berhenti juga apabila sampai di booth MMU..


         


Alangkah bahagianya, Prof dapat mengetahui segala maklumat yang sudah lama ingin diketahui selama ini..
Mengenai kursus pengajian yang ditawarkan, biasiswa dan lain-lain la..
Akhirnya, Prof membuat keputusan ingin melanjutkan pengajian di MMU pada tahun 2011..
Foundation of Creative Multimedia (Asasi Kreatif Multimedia)..
Kampus Cyberjaya..
Kemasukan bulan Januari 2011..


Setelah selesai foundation / asasi..
Prof akan melanjutkan pengajian di tempat yang sama,,
tetapi di peringkat Ijazah pula..


BACHELOR OF FILM AND ANIMATION..
FACULTY OF CREATIVE MULTIMEDIA..
MULTIMEDIA UNIVERSITY..


IJAZAH SARJANA MUDA FILEM DAN ANIMASI..
FAKULTI KREATIF MULTIMEDIA..
UNIVERSITI MULTIMEDIA..


Tahun jangka tamat pengajian adalah pada 2014,,
ketika berumur 21 tahun..
Habis belajar awal,,
kerja awal,,
kumpul duit banyak-banyak..
dan....


KAHWIN !!
Haha..
*(kata hati : eleh,, nak kawen konon,, awek pun takde)*
Senyap la lu,, wa nak belajar kasi habis dulu,, baru la syok fikir pasal awek..
*(kata hati : yela,, yela,, lu menang)*
Terima kasih kata hati !!


Setelah tamat program lawatan,,
Prof dapat banyak brochure IPTA / IPTS,,
Prof dapat banyak pen.. 
Ada la dalam berbelas-belas..
Cukup la nak guna sampai habis SPM nanti..


Terima kasih IPTA / IPTS yang bagi pen!!
Haha..


Prof Hj Dr KruLL
Pemerintah Planet Definisi Tinggi