Friday, December 26, 2008

Keputusan PMR 2008 Diumum 30 Disember 2008

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2008 akan diumumkan pada hari Selasa 30 Disember 2008. Semua calon peperiksaan ini boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, juga akan mengumumkan analisa keputusan PMR 2008 pada hari yang sama di Putrajaya.


Seramai 472,060 calon berdaftar di seluruh negara telah menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober lalu.


Sumber: Kosmo Online

0 comments: